Isnin, 11 Julai 2011

For sale:Cawan Grape


SOLD
5 biji cawan siku tajam(cawan bujang)
bersama
dua piring kuih saiz 7inci
RM77 termasuk pos

Ahad, 10 Julai 2011

creamer oc 4 sale

SOLD
Last stok-ada dua biji sahaja.
RM 35 tidak termasuk pos
Berminat :sms 0194222761

Rabu, 6 Julai 2011

Aladin Bujang

Salam ceria
Gembira berkongsi dua biji teko aladin bujang akak.
Nampaknya akak pun dah terjangkit dengan rakan-rakan lain,mengumpul teko aladin.
Kepada peminat PML baru,mungkin tertanya-tanya,camna pulak nak kenal teko aladin nih?
Haa....kalau tangkai melengkung macam ni,body gini,namanya teko aladin.
Dah kenal tu,kalau rasa minat,cepat-cepat rembat kalau jumpa sebab teko gini agak sukar nak ditemui lagiKalau adapun mungkin di rumah orang2 kampung.

Aladin 2 roses yang sangat menawan.Teko pun besar,ala-ala saiz L.


Ini pulak dipanggil bunga kemuncup.Ada nampak cawan untuk bunga ni,tapi akak mencari cawan jenis mulut lebar.Setakat simpan teko saja pun,ok jugak.Jimat ruang kan,hehe...


Okey,layan pikas....bye :)

Sabtu, 2 Julai 2011

Koleksi Two Roses

Salam hujung minggu
Minggu ni dan mungkin dua tiga minggu seterusnya,nampak gaya kena stop hunting PML sebab dah "terlebeh sudaa".Tapi puashatilah...dapat memiliki idaman hati sekian lama.
Okey,takde benda baru nak dikongsikan,sekadar koleksi two roses yang bertambah ahli keluarganya.
Dua tureen berlainan bentuk...bunganya pun lain.Yang bulat tu bunganya lagi terang/pekat.Cantik...tapi akak cadang nak lepaskan.Insyaallah,akak bertukar tangan :)

Pertambahan teko saiz sedang yang terang bunganya...pun cantik.Kalau dah suka roses,cantik aje kan mata ni melihatnya.
Cawan mini ,terima kasih Yatt atas sumbangan piring2 comel tu :)



Okey.....bye..:)

Khamis, 30 Jun 2011

FOR SALE


BOOKED
TUREEN 2 ROS
RM250 TERMASUK POS
SMS 0125345169 UTK INFO LANJUT

Ahad, 26 Jun 2011

TIFFIN KU YANG SECIPUT

sALAM CERIA
Pagi tadi sampai tengahari dah merendek ke Ipoh.Tak berapa bestlah pergi loken hari ni.Barang cantik2 orang dah sapu.Tinggal le yg biasa2 aje.Agaknya,satu hari nak kena pergi lepas subuh,bawak torshlight suluh peniaga bawak turun barang..Baru dapat barang rare...hihi..buang tabiat le pulak.
Okeylah..petang ni boring pulak, baru siap buat kerja sekolah,tengok angka2 ni..penin..penin...
bab mengira nombor2 ni,akak lemah le sikit.Tapi,bab kira duit cekap aje..takyah pakai kalkulator,wakakaka...

Okeylah,ubat boring,kita tengok pikas tureen akak yang seciput nih..apapun,syukur.Wish list akak dah pun bertanda rait..tutup buku tiffin biru.Terima kasih buat Nita,Yan dan Keken kerana membantu menjadikan impian satu kenyataan..ewahhh :)


Tiffin merah dari Bu Welly,TQ laling...:).
Yang ikan dan biru putih nih akak beli di Kedah.Murah je yang ikan tu,RM10je.Sebab masa beli,buruk giler,pastu basuh je terus bersinar-sinar.Berkenan tengok motif ikan tu..



Tutup buku untuk tiffin biru je.
Hajat di hati nak memiliki tiffin enamel lama yang bunga2 kalerpul tuh.Tadi kat Loken ada.RM140.Alamak.....sabarr...sabarrr

Khamis, 23 Jun 2011

Kangkung dedalu pink

Salam ceria.
Sekadar berkongsi koleksi kangkung variasi dedalu pink yg amat akak sukai,berbanding kangkung biasa.Jangan ditanya kenapa...entahlah.

Variasi bunga kangkung dedalu pink yang agak pudar bunganya.kalau lukisan,ibarat ada tone warna ..sangat memikat.


Teko dedalu pink,bila diteliti,kaca /badan teko ni lebih putih dari biasa.Nampak lebih bersih.

Mangkuk besar ..terima kasih buat Welly.

Mangkuk yg sesuai kalau nak letak garam,letak bunga pun ok..terima kasih buat Kak Shima.

Bekas sos,hasil hunting di Loken.Perhatikan kelainannya,bunga kangkung pink sekuntum takde..

Macam-macam pesen ye si kangkung ni.Yang cantik mestilah yang bunganya BESAR dan TERANG.Yang takdak pesen cuma duit je,hehe...asal nak beli,kena hulur duit.
Apa pun,kepelbagaian inilah yang membuatkan kita si peminat PML ni susah nak tutup buku.Wish list untuk kangkung masih panjang lagiiiiii:)
Adiosss...selamat menghunting di hujung minggu.