Selasa, 15 Februari 2011

Wildrose

Salam maulidur rasul..sempena kelahiran junjungan besar kita nabi Muhammad SAW.Sebenarnya,bulan Riaulawal bukan setakat bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW,bahkan banyak peristiwa penting berlaku dalan bulan ini.

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.Untuk info selanjutnya boleh baca disini.

Okey...koleksi bunga akak berterusan,kali ini akak kongsi teko wildrose yang sangat cantik.Teko ni dibeli daripada Nita-Pastime.Terima kasih Nita.Teko ni special sebab tutupnya ada bunga.Susah dapat spesis ada bunga pada penutup ni.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan