Memaparkan catatan dengan label Ros merah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ros merah. Papar semua catatan

Isnin, 6 Julai 2009

Bekas gula

Macam biasa hari minggu aku meronda-ronda ke kedai apek mencari kalau-kalau ada teko baru.Nampaknya,teko takde,yang ada hanyalah bekas gula ke..entahlah,aku tak kisah sangat bekas apa.Janji adik-beradik teko.Tak tau kenapa,kalau cari sendiri tu rasa lagi seronok berbanding beli online atau beli di Memory Lane.Bila masuk kedai apek,nampak benda alah ni..rasa seronok sangat.Tambahan pula kalau harganya murah.


Selain bekas gula ros merah,aku juga berjumpa dengan bekas gula maple.

Selain bekas gula,aku terjumpa juga teko yang dah cacat pemegangnya.Tapi dek jatuh cinta dengan bunganya,aku beli juga.Tambahan pula,harganya murah sangat,hanya RM6.

Rasanya..berbaloi meronda pada hari minggu lepas.