Memaparkan catatan dengan label Ros Kuning. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ros Kuning. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Disember 2009

Ros Kuning

Assalamualaikum.Paparan koleksi terakhir minggu ni,sebelum esok berangkat balik ke Kedah.Rindu dah tak terkata ni...terutama nak makan masakan orang Kedah.Apalagi,laksa kedah ,cendol pulut,pulut sekaya Jitra,macam-macamlah....semua sedap.
Layan dulu koleksi terbaru,akak panggil yellow roses.Macam biasa,teko dah pupus,ada set cawan saja.Tapi,kalau kita ada teko kosong kaler kuning,boleh dipadankan dengan set ni.



SOLD OUT
Akak ADA EXTRA untuk set ni,kalau berminat,SMS ok (kalau di kampung,mungkin tak sempat nak layan blog).Harga sepasang RM12(tidak termasuk pos).Bye..

Jumaat, 9 Oktober 2009

Pink Yellow Roses





Salam semua.Syukur dan seronok sangat hari ni sebab akhirnya bertemu juga teko idaman hatiku..pink yellow roses.Cuma..tutupnya tu macam bukan tutup asal.Tak kisahlah,janji dah dapat teko yang dicari selama ini.Pelik jugak nyonya kedai tu,bila ditanya,semedang jawabnya takdak,alih-alih panjat stor tak sampai 15 minit,turun bawa teko ni.Agaknya,dia sengaja taknak jual sekaligus kut,takut kang akak ni tak pegi lagi kedai dia.Takpun,kalau pegi takdapat teko,benda lain pulak yang dibeli,terjual jugak barang dia.Strategi orang berniaga kut..manalah tahu...yang tahu kalau tak beli barang,gatal je tangan ni,nak jugak kuar duit,hehe


Tujuan pergi sebenarnya nak cari cik hitam manis ni,dah bertambah peminatnya.Dapatlah semua koleksi di atas ni.Kiranya,berbaloilah hunting petang Jumaat ni.

Sabtu, 25 Julai 2009

Pink Yellow Rosses

Koleksi lama pink kuning ini memang amat memikat.Boleh dikatakan ramai peminat tegar antik dah ada set lengkap.Jadi,yang ingin aku kongsi hanyalah mangkuk pink kuning...pertama kali aku melihatnya.Mangkuk ni jumpa di Memory Lane,Ipoh.Kata penjual tu,ini ialah mangkuk basuh tangan,dan memang tiada penutup.Entahla..betul ke tidak.Layan jelah...




Khamis, 11 Jun 2009

Set bunga kuning




Set bunga kuning ni baru dibeli.Suka sangat tengok bunganya.Sayangnya..ada dua ketul ni aje kat kedai.Piring pulak dah lama beli.Hampir nak campak je sebab yatim piatu.Alih-alih jumpa saudara--maranya,jadilah geng.