2 set sold-ada lagi 1 set(2 biji)
Ahad, 28 Mac 2010
Sedapnya...
Salam ceria,salam hari minggu.N3 pagi minggu ni nak berkongsi kegembiraan terutama bagi pihak anak-anak.Macam biasa,semalam cikgu cikgi ada Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP).Walaupun tah "hadap" tapi terpaksalah "mengadap" jugak.Maklumlah "kami yang menurut perintah",jadi dengarlah ala-ala telinga kera,sekejap buka,sekejap tutup,khekhe..
Balik dari sekolah,terus anak cakap,tadi ada posmen datang,hantar parcel,tapi sebab anak darjah dua tu tak pandai nak sign,posmen bawak balik semula ke pejabat pos.Herannya,parcel tu balut dengan kertas bunga -bunga.Kita pun heranla,dalam hati "bila pulak aku menang hadiah"
Petang,pergi pejabat pos,terus posmen cakap.."kak,kali ni tulis cookies,selalu tulis kaca,saya pun heran"Amboi...dia pun pandai heran,akak ni lagi heran tau!
Inilah rupa bungkusannya,siap ikat reben lagi.Anak-anak yang ikut sekali,pun teruja nak melihat isi dalamnya.
Balik dari sekolah,terus anak cakap,tadi ada posmen datang,hantar parcel,tapi sebab anak darjah dua tu tak pandai nak sign,posmen bawak balik semula ke pejabat pos.Herannya,parcel tu balut dengan kertas bunga -bunga.Kita pun heranla,dalam hati "bila pulak aku menang hadiah"
Petang,pergi pejabat pos,terus posmen cakap.."kak,kali ni tulis cookies,selalu tulis kaca,saya pun heran"Amboi...dia pun pandai heran,akak ni lagi heran tau!
Inilah rupa bungkusannya,siap ikat reben lagi.Anak-anak yang ikut sekali,pun teruja nak melihat isi dalamnya.
Suprise...apa isi dalamnya?Satu tupperware berisi cookies.Chip chocolate oat.Alahai,terharu sungguh,dapat gak merasa air tangan hasil masakan tuan empunya badan.Tak sangka sungguh.
Tapi,untuk sesi pengambaran ni,itu je yang tinggal.Kalau lambat sikit,tinggal bekas kosong ajelah.
Buat kakakku iteww...check terharu sungguh dapat merasa air tangan masakan akak.Kalau maknya yang tua ni pun seronok,anak-anak apalagi,sakan memuji kata sedap sangattt.Yang tak bestnya, suruh mintak resepi,pastu suruh ibu buat macam tu jugak.Hehehe..part ni yang "kureng" sikit.
Apa lagi nak kata,terima kasih banyak-banyak.Jumpa tak penah,setakat sembang online je,tapi besar kesannya hubungan alam maya ni ye.Mudaha-mudahan hubungan sesama kita di alam maya ni kekal harmoni dalam suasana mesra.Setakat hari ini,rasa-rasanya,tercapailah objektif saya berblog,untuk mencari sahabat handai,teman ,kenalan...
Buat kakakku iteww..terima kasih daun keladi,lain kali....hehehe..nanti saya try buat,tengok jadi tak.
Buat kakakku iteww..terima kasih daun keladi,lain kali....hehehe..nanti saya try buat,tengok jadi tak.
Jumaat, 26 Mac 2010
Pustaka Antik
Assalamualaikum.N3kali nibukan pasai pinggan mangkuk lama,tapi barang-barang lama yang ada di sudut anjung nolstagia.Biasalahkan,perpustakaan ada macam-macam sudut,salah satunya inilah.Ikutkan sejarah,sekolah ni wujud sejak 1923,jadi masih bersisa barangan lama yang dikumpul dan diletakkan di perpustakaan.Dalam hati...kan baguih kalau ada pinggan mangkuk lama,sedap sikit mata memandangnya.Silap haribulan,aku buat reta sendiri,khekhe..Ok..layan picas yang banyak ni.
Apa benda ni?Ini ialah pengetam kayu.Jangan buat main,England mari you..
Apa benda ni?Ini ialah pengetam kayu.Jangan buat main,England mari you..
Selain barangan lama ni,terdpat juga beberapa buah almari lama.Ada yang tersorok je bawah tangga.Okey..itu lain kali ye,jurukamera tak sempat nak ambik gambar lagi.Bye..
GA Teratak Puteri
Syarat-syarat peraduan ini pun sonang je...
1- Tarikh peraduan bermula hari ini sampai 31hb March, 2010
2 - Terbuka kepada semua kawan-kawan di Malaysia sahaja yg menjadiFollower & Yang Bukan Follower..kalu yg tak jadi follower lagi tu bolehlah follow .Yang bukan follower boleh tinggalkan jejak di bahagian komen .
3- Hendaklah memberi komen dalam entry ini..(komen di shoutbox tidak diambil kira) dan link kan blog saya pada blog masing2 supaya yg lain2 bloggers dapat tahu tentang peraduan ini..(lagi ramai..lagi meriah..)
4-Tarikh tutup peraduan ni pada 31hb March, 2010..pemenang akan diumum pada 1hb April, 2010
Isnin, 22 Mac 2010
Sedapnya kangkung
Jumaat, 19 Mac 2010
Hidragea
Salam ceria.Kenal bunga hidragia?Akak ni buta bunga,jadi akak ikut je lah nama yang diberi oleh toke asalnya-Kedai Nannie.Sebenarnya ini ialah hasil barter dengan Nannie,terima kasih ye Nannie.
Kali pertama tengok,terus jatuh cinta WALAUPUN kat rumah dah banyak bunga berkembangan.Lepas sesi pengambaran,menyorok la si kembang cina ni dalam almari,berhimpit-himpit,hehehe..kes apa lagi,kalau bukan kes "terkenan".Pantang tengok,semua berkenan.
Ini pulak antara teko hasil hunting terbaru.Kombinasi warna yang sepadan dengan set hidragea di atas.
Rabu, 17 Mac 2010
5 Roses
Salam ceria.Kali ni nak kongsi cerita,jejak kasih akak mencari ibu kepada cawan 5 roses akhirnya bertemu juga.N3 dahulu,6set cawan kuat menyiku bersama koleksi piring.
Ternampaklah dalam blog Eja Cottage ada jual teko 5 roses ni,akak pun masuk meminang.Masa tu pikir,kalau tak beli online,harapkan hunting je ,entah bila nak jumpa tekonya.Okey,cantik tekonya,bulat,gemuk...terima kasih ye Ejaa.
Kalau dah rezeki,tak ke mana kan...belum sampai teko kiriman Ejaa, dapat pulak kat nyonya dua biji teko bersama cawan bulat.Okeylah,sebab bentuk tekonya tak serupa.Rasa puashati sangat sebab dapat hasil carian sendiri.
Story pasai nyonya pulak,kalu mood baik tu,senang cerita.Pukul 11 telefon,pukul 4 akak sampai,siap bersusun dicarinya.Tapi,melayang gakla duit akak 4 keping note 50.Campur set lain la.Ringkasnya,harga dah up sampai dekat sekali ganda.Nak bertekak,menawar gila-gila,kang esok lusa dia tak layan pulak,sebab nyonya selalu cakap,ini harga orang Kampar,kalau orang KL,saya jual lagi mahal tau...sabar je aku..Jadi,akak pahamla kalau dia kata takdak barang tu,bukannya takdak,tapi dia simpan utk orang luar.
Story pasai nyonya pulak,kalu mood baik tu,senang cerita.Pukul 11 telefon,pukul 4 akak sampai,siap bersusun dicarinya.Tapi,melayang gakla duit akak 4 keping note 50.Campur set lain la.Ringkasnya,harga dah up sampai dekat sekali ganda.Nak bertekak,menawar gila-gila,kang esok lusa dia tak layan pulak,sebab nyonya selalu cakap,ini harga orang Kampar,kalau orang KL,saya jual lagi mahal tau...sabar je aku..Jadi,akak pahamla kalau dia kata takdak barang tu,bukannya takdak,tapi dia simpan utk orang luar.
Bila diperhati betul-betul,walaupun daripada satu kotak yang sama,bunga 5 roses ni tak serupa,ada yg lebih kepada pink terang,ada yang keunguan sikit,macam-macam.Macam teko tinggi tu,warnanya lebih sesuai dengan cawan kuat menyiku.
Nak tengok pelbagai jenis teko 5 roses,boleh tengok dalam blog Yatt.Macam-macam ada....
Terima kasih
Selasa, 16 Mac 2010
Extra Set 4 Sale
Ahad, 14 Mac 2010
Beli apa di Memory Lane?
Salam ceria.Macam biasa hari Ahad di Ipoh,apalagi kalau bukan Memory Lane.Rombongan cik kiah lima beranak pun berangkat pergi jugak.Alih-alih apa yang dibeli????Ni aje...khekhe..
3 biji pinggan kangkung saiz 9 dengan 10"..Harganya...lebihkurang harga di kedai Nannie.So..takyah susah-susah nak dtg,beli je online,sama je.(Nannie...20%,hehe..)
Ini gerai Lili,yang paling banyak menjual koleksi lama.Tunjuk je mana nak,pastu hulur duit.Akak saja nak test si lili ni,masa pergi akak tanya harga,patah balik tanya lagi,lalu lagi sekali tanya lagi...bukan apa,nak tengok dia sebut harga sama tak.
Rupanya dia cam akak,apa katanya??Haiya..sudah 3x lu tanya,empat kali saya up harga sebab penat jawab,hahaha.Akak pun katalah..suka hati akulah nak tanya berapa kali,mulut aku,hehehe...alih-alih dari harga asal RM15,dapatla RM10 untuk pinggan besar tu.
Haa...ini akak suka,teko gambar pemandangan ala-ala gunung.Paling akak suka,tangkainya tu,berlekuk-lekuk,mesti buatan tangan kan.Nampak klasik gitu.Harganya pun okey,RM25 saja,daripada harga asal RM35.
Koleksi bunga ros dah banyak,sekarang ni dah beralih angin ke arah gunung-gunung plak.
Koleksi bunga ros dah banyak,sekarang ni dah beralih angin ke arah gunung-gunung plak.
Tureen celeste mekin.Ezani,pinjam gambaq no..Mak aii,mahalnya .Angkat sepuluh jaripun tak cukup lagi.Dalam hati akak..huh!hang bawak baliklah,sapa nak beli!
Yang ni ada dua lagi,katanya last pieces.Ezani ada jual,beli je lah dari Ezani.Buat penat je kalau datang.Harganya??? Angkat sebelah tangan pun tak cukup lagi.(Zani...20%,hehehe...)
Ringkasnya,kalau nak kumpul koleksi express,datang je gerai ML.Tunjukkk je.Harga sama je dengan beli online,cuma risiko pecah takdaklah.Tapi keseronokan hunting,terjah kedai apek,tak merasalah.Harga boleh ditawar,tapi kalau harga buka dah tinggi,awak nak menawar pun gayat.
Permintaan terhadap barang lama ni memang semakin meningkat.Dulu tak berapa sangatpun orang membeli di gerai Lili,tapi hari ni akak tengok tak menang tangan si Lili membungkus.
Langgan:
Catatan (Atom)