Isnin, 28 Februari 2011

Hunting Loken

SALAM CERIA
Sekadar berkongsi hasil hunting di LOKEN/Memory Lane semalam.tak banyak barang semalam.Kadang2 risau gak nak promote member jauh datang sini,sebab bukan selalu banyak pml.Okey,apa akak dapat semalam.Piring sos yang sangat cantik warna bunganya.tak perasan pun yang bunga kangkung besarnya takde,hanya kudupan bunga kecil saja.Wah..bestnya,patutlah nampak lain macam sikit dan terbuka hati nak membeli.sedangkan sebelum ni selalu jumpa mangkuk kecil ni,tapi tak pernah pun beli.

Ini pulak corak pada tepi mangkuk kangkung 4 season,besar...saiz 10inci.

Mangkuk saiz 10 inci ni jarang didapati,jadi kalau jumpa tu rembat ajelah,bukan senang nak dapat ni...bentuk mangkuk ni pun cantik,berlekuk-lekuk.

Dan..yang paling kelakar,akak beli benda ini,basikal yg dibuat dripada rotan.Akak ni suka benda yang nampak unik/pelik2 sikit.Tangok2 je terus jatuh cinta.Tapi...dah beli,rasa malu pulak nak angkat .Nasib baik uncle India yg jual tu sporting,dia suruh kawannya angkat sampai melewati tempat parking.Dah clear sikit,orang tak ramai,baru akak bawak sendiri,hihi....tapi aku jalan strait je,tak toleh kiri kanan dah...nasib baik tak jumpa kawan2.

Cadang2 tu nak mendekolah,belakang letak PML,hias bunga sikit2.Depan letak bunga2...tapi apakah fantasi akan menjadi realiti.Entahlah..yg pasti sejak petang sampai rumah membawa ke malam,entah berapa kali disorong oleh si adib pusing2 dalam rumah.Kata suami akak..esok robohlah basikal ibu ni..hehehe,esok mokalau disorong lagi,siaplah kau mat adib.Ibu cubit2 tau!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan