Jumaat, 18 Februari 2011

Birthday Putera Mama

Salam ceria.
Sekadar mengabadikan gambar kenangan,sambutan hari lahir putera mama :MUhammad Adib Umar Bin Rahim.Tanggal 12 Februari ,genap 3 tahun usia putera mama.Cuma,kesibukan kerja dan angin malas yang melanda,takdak mood nak upload gambar.

Sambutan ke?Takdelah..sekadar sebiji kek saja,makan seisi keluarga.Hadiahnya?Hehe..sebiji helikopter mainan,tiap2 hari terbang dalam rumah.Sapa yang main?Abahnya yang lebih...maklum kecik2 dulu tak merasa.Dah tua2 ni,buatlah alasan beli utk anak,tengok2 sendiri yg lebehhh :)
Tau beli kat mana heli tu?Beli di Loken,apa yang takdak di Loken tu,macam2 ada.Murah 30-40 bnding harga di pusat beli belah,sejibik!
Jadi..kalau teman2 heran,apsal cik abg rajin bawak akak ke Loken,itulah jawapannya.Walaupun dia tak minat antik,sebenarnya dia tertarik dengan pelbagai mainan yang dijual di Loken dengan harga berpatutan.

Okey...sambung story pasal putera mama.Inilah penghibur kami sekeluarga.Kalau takde dia,entahla,mesti rumah kami ni senyap sunyi,masing2 buat hal sendiri.Alhamdulillah,Allah kurniakan penghibur hati.
Melahirkan Muhd Adib pada usia 39 tahun,hai...memang serik!!Bagaikan bertunggu tangga di hospital dan Poliklinik Tapah.Alhamdulillah,lahirnya sihat walafiat walaupun melalui pembedahan kecemasan.

Sebiji kek chocolate moist..:) ibu yang lebihnya nak makan.Tertoggok sebiji kereta sebab Adib suka main kereta.

Mudah-mudahan putera mama menjadi anak yang soleh,bermanfaat kepada agama,bangsa dan negara.
Biar buruk rupa,jangan buruk akhlak,biar miskin harta,jangan miskin jiwa.

Selasa, 15 Februari 2011

Wildrose

Salam maulidur rasul..sempena kelahiran junjungan besar kita nabi Muhammad SAW.Sebenarnya,bulan Riaulawal bukan setakat bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW,bahkan banyak peristiwa penting berlaku dalan bulan ini.

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.Untuk info selanjutnya boleh baca disini.

Okey...koleksi bunga akak berterusan,kali ini akak kongsi teko wildrose yang sangat cantik.Teko ni dibeli daripada Nita-Pastime.Terima kasih Nita.Teko ni special sebab tutupnya ada bunga.Susah dapat spesis ada bunga pada penutup ni.



Jumaat, 11 Februari 2011

GA Kelly

Meriahkan Ga Kelly
Syarat2nya ialah :

Follow Kelly's Life ( http://mrskellywalther6969.blogspot.com/ ) &
Pink Shopaholic World ( http://pinkshopaholicworld.blogspot.com/ )
mesti follow dua2 blog ya:)
Open to followers with Malaysia address only ( delivery purpose )
Write N3 about this GA in your blog & link too




Hadiah menarik menanti anda..

Khamis, 10 Februari 2011

Terima Kasih Aida

Salam ceria..selamat malam.
Petang tadi hadiah GA Aida dari blog AL-Kisah dah selamat diterima.Terlebih dulu,nak ucapkan terima kasih pada Aida kerana bersusah payah menganjurkan GA ni.Sediakan hadiah yang lumayan lagi,membalut,proses mengepos dan sebagainya,pastinya penat kan...Mudah-mudahan rezeki yang dikongsi bersama teman-teman ni diberkatiNya,lebih murah lagi rezeki Aida ,amin...


Pertama kali menang GA,apa nak dikata,ketawa mengekek je lah,suka-suka je,tapi dapat hadiah uuuu,khekhekhe...cantikkan.Comel je teko tu sebenarnya.
Lastly...tahniah buat Rohas yang mendapat hadiah yang sangat lumayan,murah betul rezeki Rohas ni.Rasanya selalu dia menang GA.
Ok...pasni kita meriahkan pulak GA rakan2 lain.Sendiri punya bila pulak?Khekhe...tak cukup rajin lagi .Insyaallah...

Jumaat, 4 Februari 2011

Gelas Lama

Salam ceria.
Sekadar berkongsi,koleksi terbaru akak iaitu gelas oren keemasan.Walaupun sebelum ni langsung tak minat kumpul gelas,tapi,akak tewas dengan gelas oren ni,sekali pandang terus jatuh chenta. Anak pun puji kata cantik,tak penah2 depa puji koleksi ibu,ibu pun apalagi..kembang bermangkuk-mangkuk :)


Pandang gelas ni,terus teringat bekas kuih kepunyaan Ezani.Sama kan...


Kalau mengikut maklumat yang diberikan oleh Taj,yang pakar tentang info2 barangan lama ni :set kaca ni amat fames pada penghujung tahun 60an sehingga awal 70an....set ni amat nipis kaca nya dan menyebab kan ia amat rapuh jadi x lama d pasaran kerana pembeli mula beralih kepada set dari amerika buatan kaca dengan hiasan potongan permata.......
Bermakna set kaca oren ni sudah lama le kan..perhatikan motif dedaun yang terdapat pada gelas oren keemasan ni,memang cantik.

Bagaimanapun,gelas ni tidaklah nipis sepertimana gelas2 lama lain.Tebal macam gelas biasa,kata orang "tak seriau" nak letak di mulut.Sesuai digunakan :)

Okey..layan pikas,bye2...

Rabu, 2 Februari 2011

Two Roses

Salam ceria.Selamat bercuti sempena CNY.Nak jalan2 pun,malas,sebab keta banyak.Jadi...bermalas-malas saja di rumah.
Okey,nak kongsi hasil hunting akak semalam.Seciput je..sekadar dua pasang cawan two roses.Ingatkan malas nak mengumpul cawan2 lagi,tapi,alergic la tengok kaler pink.Alih-alih...beli jugak,hehe

Sampai masa sessi pengambaran,ada pulak yg sibuk nak enterframe.Yang bestnya,lepas selesai ambik gambar cawan2 ni,si kecik ni pun sibuk tolong susun cawan2 ni dalam almari.nasiblah..celik2 mata dari kecik,dah biasa sangat dia menengok PML,dan gelagat ibunya yang suka mengambil gambar PML ni.




Ada rezeki ke nak dapat teko untuk cawan2 ni...tunggu dan lihat.

Selasa, 1 Februari 2011

GA Aida

Salam kengkawan,jom kita join GA Aida.Meriahkan semula blog PML yang agak "kesunyian" sejak dua menjak ni.

Syarat-syaratnya:
1)Mestilah jadi follower Aida dulu ye ( Adil buat yang sediaada ).
(2) Entri GA ini dan linkkan blog anda.
(3) Tinggalkan jejak di Post A comment.
(4) Terbuka kepada kengkawan beralamat di Malaysia sahaja ye

TQ Aida...

Hadiah-hadiahnya: