Khamis, 6 Januari 2011

Simbolik - Cahaya 2011

Salam sejahtera.

Hari pertama tahun 2011: berjalan-jalan ke kedai antik.Tiba-tiba tertarik melihat pelita ni,apalagi...rembatlah.Kebetulan harganya kira okeylah,yang penting bukan senang nak cari design macam ni di kedai biasa.Sekarang ni kedai-kedai PML boleh dikatakan dah tiada barang dek serbuan peminat2 PML.Jadi,beralih pulak ke kedai2 antik walaupun harga yang ditawarkan lebih tinggi.Minat punya pasal...layan jelah.


Close-up pelita dari dekat,cantikkan...Balik ke rumah baru teringat yang hari ni 1.1.2011.Wah simbolik betul belian akak hari ni.Semoga 2011 bersinar terang dan penuh rahmat serta kegembiraan.

Okey..layan pikas.

Jumaat, 31 Disember 2010

Selamat Tahun Baru

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011
Tutup diari hunting PML tahun ini,berapa nilai pelaburan tahun 2010?Hehe...tak kirapun,kira hati gumbira.Kalau baca dalam satu ruangan di akhbar,seorang peminat antik memperuntukkan sebanyak RM1000 sebulan khas untuk membeli barangan antik.Apa nak dikata,kalau hati dah suka,mampu pulak tu....ya...teruskan aje!!

Apapun,membeli ikut kemampuan sebab dalam dunia mengumpul koleksi ini,kehendak tiada batasan.Kalau boleh,asal nama PML,cantikkk je di mataku.

Akak tutup diari PML 2010 dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan kerana berjaya memiliki apa yang dihajati.
Selagi kita membandingkan apa yang kita ada,dengan apa yang oranglain ada,selagi itu kita berasa kekeurangan.Penawarnya ialah...belajarlah bersyukur dengan apa yang kita ada.Mungkin Tuhan juga sedang menguji nafsu kita yang tiada batas sempadan.


happy new year...semoga 2012 menjanjikan lebih keberkatan dan rahmat buat kita semua.

Khamis, 30 Disember 2010

Tureen Putih

Salam ceria...
Paparan tureen datang lagi...bernilai sangat ke tureen ni???
Entahla..akak tidak pernah meletak harga ..berapa harga teko ni nanti,berapa harga PML ni 5 tahun akan datang....
Mengumpul koleksi ni semua sekadar hobi,selain membangkitkan nolstagia bersama insan-insan tersayang.Nilai pasaran ,naik ke,takdak nilai ke, biarlah peminat barangan lama sendiri menilainya.Paling penting,akak sayang sangat koleksi akak ..itulah harganya,bermakna jika ditawarkan harga yang tinggipun,kita takkan jual. Kalau asik mengira nilai pasaran,itu "pemain pasaran".
Opps..melalut pulak akak ni.Bukan apa,kadang2 tercuit jugak bila orang kehairanan dengan kegilaan akak terhadap PML ni.Tapi..akak tetap berkata "aku bukan peminat tegar".Hehe...

Kali ni nak kongsi tureen yang akak beli di Loken.Biasa saja...putih kosong,dengan sedikit corak yang hampir pudar.Tapi...akak terpikat pada bentuk tureen ni,lain dari tureen akak yang sedia ada.

Angan..angan....kalaulah suatu hari bertemu tutup roses,sepadan dengan tureen ni,wow..pasti tureen ni nampak lagiiiii cantik.


Okey..layan pikas,bye.

Khamis, 23 Disember 2010

Tureen Purple dot,dot,dot

Salam ceria..
hari ini keputusan PMR 2010 diumumkan.Walaupun takdak anak yang ambik exam,tumpang gembira gakla utk kejayaan anak saudara dan anak rakan-rakan.Selebihnya rasa LEGAAAA,sebab pelajar sendiri ramai dapat A untuk subjek yang akak ajar iaitu Sejarah.Risau gakla..first time ajar form 3,datang pulak sekolah baru.Risau bukannya apa,manatau subjek lain dpat A,tau-tau tang Sejarah,kantoi..malu beb...

Kalau ikutkan,apa akak belajar dulu,cikgu ni lebih kepada fasilitator,pemudah cara..bukannya tungging terbalik ajar ,anak murid dok relax je,takdak hal pun,exam ke tak exam ke..sama je.Tapi dah naluri cikgu,nak yang terbaik,cikgu tu pulak yang over.Budak-budak pulak,selagi boleh disuap,tahu menganga je..

Apapun,dua-dua berperanan sebenarnya.Cikgu kena rajin,muridpun kena extra rajin,barulah ada hasil yang baik.Teringat kata-kata:Guru yang baik bukan setakat mengajar,tetapi memberi inspirasi.
Okey..n3 kali ni masih lagi tureen,bukan banyak pun akak ada.Ini jelah..saja je semangat nak tayang.Nama tureen ni purple dot..dot..dot..hehe..

Colose-up corak tureen ni,antik kau..sampai dah naik kelabu asap dah coraknya.


Kecik je tureen ni,tapi warna purple tu yang memikat.
Okey..layanzz..

Ahad, 19 Disember 2010

Tureen

Salam ceria
Perjalanan pulang dari Alor Setaq yang sangat lama.Selepas Taiping,perjalanan menjadi slow.Terpampang di papan tanda Plus pemberitahuan tentang kesesakan lebuhraya sekitar Kuala Kangsar-Changkat Jering dan meminta pengguna mencari jalan alternatif.Tidak mahu mengambil risiko,kamipun keluar melalui exit Changkat Jering-Beruas,mengikut jalan lama.Memang lama la.....lepas satu pekan,ke satu pekan.Penat,berhenti makan di Ipoh,sambung semula perjalanan.Nasib la..siapakah yang bersalah?Mereka dan keluarga mereka!!

Okeylah,sekadar berkongsi tureen akak seterusnya,selagi ada..tayang,jangan tak tayang,huhu...bukan apa,sekadar berkongsi paparan dengan rakan-rakan yang meminati koleksi PML khususnya tureen.Nak kata lawa tu idaklah,biasa saja......taste akak kan roses.





Okey..layanzzz..

Isnin, 13 Disember 2010

Tureen Ros Jepun

Salam ceria.N3 kali ni sekadar berkongsi koleksi tureen ros Jepun yang juga baru menghuni teratak ku..
Tureen bunga yang sama,tetapi lebih pelbagai pilihan bentuk dan koleksi sampingan lain boleh dilihat di blog Yatt Precious.

Koleksi akak pulak,hanya tureen ni sahaja.Cukup untuk menggembirakan hati,apatah lagi kondisinya yang cantik,bersih dan bersaiz besar iaitu ukurlilitnya lebih kurang 10 inci.

Buat rakan-rakan penggemar PML yang belum ada tureen tu,sabarrrr....insyaallah,kalau ada rezeki,pasti dapat juga menyimpan atau memiliki tureen sebagai salah satu koleksi peribadi.Apa kata orang...buat syarat, konon-kononnya peminat tegar PML,hihihi..
Akak tulis ni ikhlas tau,bukan nak "perangat" hampa no....hehehe..

Dalam mengumpul PML ni,HARAP-HARAP kita semua tumpang seronok bila melihat rakan-rakan lain dapat menambah koleksi,mencekup koleksi2 yang cantik-cantik.Kita sebenarnya hendak melihat variasi kan...lagi banyak variasi.lagi meriah dunia peminat PML.

Tak dapat dibayangkan kalau semua pengumpul tunjuk benda yang serupa saja...alangkah bosannya!!Apa yang pasti,harga PML semakin tinggi,mengalahkan pinggan mangkuk baru.Tapi...terpulanglah,rasa mampu,kita beli,tak kisahlah,tepuk dahi ke,tepuk meja ke,kena tepuk dengan cik abang ke sebab kronik sangat, overdose makan kaca.....hehehe...
Tak mau beli,kita dok diam-diam,tengok orang punya dah le...itulah akak selama ni.
TAPI....akhirnya,aku tewas jua,sob..sob....tangisan dalam ketawa.

Apapun,semua ini adalah hadiah untuk diri sendiri,apatah lagi esok bithday akak yang ke __.Ish..bertambah tua aku ni ye...hehe





Okey..layan pikas.

Sabtu, 11 Disember 2010

Pelita

Selamat Hari Minggu

Sudah lama koleksi pelita akak tak bertambah,sampailah dua tiga hari lepas terjumpa dua biji pelita putih yang pada pandangan mata akak,cantikkk sangat.

Close -up bahagian bawah pelita yang bercorak,diperbuat daripada porcelain.

Bila dibawa pulang ke rumah,rupa-rupanya serupa dengan pelita merah sedia ada.

Semalam...penyusunan semula dilakukan.Inilah hasilnya.