Isnin, 13 Disember 2010

Tureen Ros Jepun

Salam ceria.N3 kali ni sekadar berkongsi koleksi tureen ros Jepun yang juga baru menghuni teratak ku..
Tureen bunga yang sama,tetapi lebih pelbagai pilihan bentuk dan koleksi sampingan lain boleh dilihat di blog Yatt Precious.

Koleksi akak pulak,hanya tureen ni sahaja.Cukup untuk menggembirakan hati,apatah lagi kondisinya yang cantik,bersih dan bersaiz besar iaitu ukurlilitnya lebih kurang 10 inci.

Buat rakan-rakan penggemar PML yang belum ada tureen tu,sabarrrr....insyaallah,kalau ada rezeki,pasti dapat juga menyimpan atau memiliki tureen sebagai salah satu koleksi peribadi.Apa kata orang...buat syarat, konon-kononnya peminat tegar PML,hihihi..
Akak tulis ni ikhlas tau,bukan nak "perangat" hampa no....hehehe..

Dalam mengumpul PML ni,HARAP-HARAP kita semua tumpang seronok bila melihat rakan-rakan lain dapat menambah koleksi,mencekup koleksi2 yang cantik-cantik.Kita sebenarnya hendak melihat variasi kan...lagi banyak variasi.lagi meriah dunia peminat PML.

Tak dapat dibayangkan kalau semua pengumpul tunjuk benda yang serupa saja...alangkah bosannya!!Apa yang pasti,harga PML semakin tinggi,mengalahkan pinggan mangkuk baru.Tapi...terpulanglah,rasa mampu,kita beli,tak kisahlah,tepuk dahi ke,tepuk meja ke,kena tepuk dengan cik abang ke sebab kronik sangat, overdose makan kaca.....hehehe...
Tak mau beli,kita dok diam-diam,tengok orang punya dah le...itulah akak selama ni.
TAPI....akhirnya,aku tewas jua,sob..sob....tangisan dalam ketawa.

Apapun,semua ini adalah hadiah untuk diri sendiri,apatah lagi esok bithday akak yang ke __.Ish..bertambah tua aku ni ye...hehe





Okey..layan pikas.

6 ulasan:

  1. salam shas..
    happy birthday shas..wah dah kolek hadiah dulu ye..tak per kita mesti happykan hati kita juga baru orang lain ceria..
    Cantik tureen tu..sy belum berkesempatan memiliki, jadi sy pun tumpang gembira tenguk tureen shas..
    Selamat ulang tahun smg sentiasa ceria dan mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  2. wkmsalam..tkasih kak aton,
    sy mmg suka belikan sesuatu utk diri sy sempena hari2 tertentu.mcm hari ibu last year,sy beli almari antik.Insyaallah,mudah2an hidup kita semua diberkati.Amin.Trimakasih atas doa akak tu

    BalasPadam
  3. Salam rindu Shas,
    lama tak nampak di blog...nampak gaya semua dah berhijrah ke FB pulak..

    semalam sakan dok menyakat si Rizal tu...berpeluh-peluh dia..hahaha..

    dup dup tengok hari ni dah keluar tureen comel cantik cun melecun ini...ini rupanya yang Yatt dengan Rizal dok cakap semalam tu ya? harga mesti meletopss punya...kalau beli kat Amcorp laaa...

    eh..dok membebel lupa lak nak ucapkan...

    SELAMAT HARI LAHIR...SEMOGA TAHUN2 YANG BERLALU MEMBAWA SERIBU KENANGAN DAN PENGAJARAN BUAT DIRI KITA, MANAKALA TAHUN2 AKAN DATANG PULA , INSYAALLAH JIKA ALLAH SWT PANJANGKAN UMUR KITA, AKAN MENDEKATKAN LAGI DIRI KITA KE HADRAT ALLAH SWT, DIMURAHKAN REZEKI, DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK, AGAR KITA DAPAT TERUS MELAKUKAN IBADAT KEPADANYA.

    AMIN.

    BalasPadam
  4. Salam kak,terima kasih atas doa dan ingatan yg amat bermakna dari akak.
    Skrg semua dah beralih ke FB,tp sy masih suka update di blog sebab lebih bersifat peribadi,insyaallah,panjang usia blog ni,kenangan utk anak2 sy..
    Yang deme dok kenen2 sy ni bkn tureen ni kak,benda lain,hehehe..malas sy nak cerita sb dok pada Yatt lg,nanti dah dpt sy buat n3.

    BalasPadam
  5. salam shas...

    malam ni baru dpt tgk blog...ngape la hatiku meruntun2...mataku berpinau2...tureen ni mmg cantikk...akk dah ada 2 pinggan gift dr seseorang bukan leka tgk bunganya tu..kalau dpt turen ni mau kembang kepis hidung akk ni..tak pe la shas..ceq simpan elok2..kalau rase jemu sok letgo kat akk..boleh easy payment tak hihihi...syabas shas..teruskan kumpul tureenn..akk boleh tumpan cuci mata ni..nak beli masih boleh tahan lagi ni...

    SELAMAT ULANG TAHUN KE...MOGA DIPANJANGKAN UMUR, SIHAT TUBUH BADAN, MURAH REZEKI DAN BAHAGIA HENDAKNYA..AMIN

    BalasPadam
  6. salam shas,
    hepi belated birthday ya...moga pjg umur & sukses selalu. cantik tureen japan ni, rohas pun ada tureen yg seakan2 bunga shas ni, skrg tgh minat collect tureen tp hunting yg mampu milik jer...hehehe

    BalasPadam