Rabu, 2 Disember 2009

Big Red Roses



Salam ceria.Sebenarnya akak pun taktau apa nama koleksi ni,jadi akak ikut je nama yang Yatt bagi-big red roses.Tapi,koleksi akak ni nampaknya taklah besar sangat bunganya dan taklah terang sangat.Yang sedang-sedang saja...bukan jenis riak gitu...Lega rasanya,akhirnya dapat juga memiliki set idaman hati yang ke-2.







Ini saja koleksi yang akak ada.Kalau sesiapa ada teko extra,rasa-rasa nak barter,caling-caling okey.

Selasa, 1 Disember 2009

Cukup-cukuplah tu..

Salam ceria semua.Hari ni nak story sikit pasal hobi kumpul pinggan mangkuk ni.Kadang2 geram jugak dengan cik huby,sokmo suruh akak stop.Cukup-cukuplah tu...itulah ayat yang selalu disebutnya.Siap perli lagi...nanti nak tempah banner,gantung kat pagar "muzium barang antik"...eee..geramnya!!!
Kadang-kadang,akak terpikir,alangkah bertuahnya rakan-rakan lain,macam Yatt,Su Antik..mesti huby depa tak bising.Kalau bising,takkanlah penuh rumah dengan segala makneka koleksi.
Bila dia bising,akak pun belalah diri..ala,bukannya hobi kumpul intan berlian,emas permata,ini kumpul barang murah je,patut syukur ,kalau gila mengumpul emas,hah..lagi parah.Lagipun,bila tengok koleksi ni semua,hati akak jadi riang,gembira.Nampak..betapa mudahnya nak mendapat kegembiraan..tak perlu mahal-mahal.Khekhe..berbuih-buih molut akak berhujah,sampai dia tak kose melayan....Akak pun terpikir jugak,banyak sangat ke koleksi aku???Kome nengoklah sendiri.

Rak di atas ni,koleksi paling akak sayang.Rasanya,dah molek sangat susunannya,sebab tu tak boleh nak lepaskan mana-manapun.


Dua rak ala hengris ni,dikirim daripada Zai-Laman Seni.Jadi masa jumpa sewaktu raya baru ni,Zai bawalah sekali.Tak boleh letak koleksi yang sayang sangat,sebab ada tangan kecik yang sentiasa mengusik,mencuit,menarik....silap haribulan,menyembah bumi rak ni.


Sebahagian koleksi disusun atas para.Kurang cantik para tu,tapi nak buang tak boleh,sebab cik huby dah berpeluh memasangnya,hehe...tapi konpem selamat,sebab tangan kecik tak sampai ke situ.

Konon-konon ala Inggeris,akak pun tirulah saing-saing deco.Murah je rak ni beli kat jalan Kuala Kangsar - Rm27 je.Balik rumah akak tepeklah bunga.Koleksi di rak ni,selalu bertukar-tukar.Ikut mood..

Ni pulak almari doremon..hah Kak Ida Cottage,kita pun ada gak almari doremon.Jangan gelak ye,tengok susunan almari tu,herot petot.Main sumbat je...sebab dah takdak almari lain.Cik abang selalu marah pasal dah hodoh katanya,khekhe...akak ketawa jelah,sebab memang kenyataan pun.
Selain yang dipamerkan ni,dalam kotak pun ada lagi.Jadi,terpikir jugak,betul ke kata suami akak tu...cukup-cukuplah,awak tak kan puas.Entahla....biar masa menentukan.tak berani nak janji,takut janji pelesu....

Sabtu, 28 November 2009

Twin Roses

Masih belum terlambat untukmengucapkam selamat hari raya aidil adha kepada semua muslimin dan muslimat.Suasana raya masih terasa.Bagi family akak,hari ni baru diadakan korban sebab semalam tak sempat.maklumlah,tempat yang menguruskan korban tu menerima banyak sangat tempahan,tak sempat nak disembelih semuanya semalam.Tapi mudah sangat,di situlah sembelih,dilapah,ditimbang dan dimasukkan dalam plastik.Tinggal lagi,bawa balik dan agihkan saja.Tu lah sebabnya cik menantu ni sempat lagi buat n3 baru...hehe, sementara menunggu anak mak mertua bawa balik sup tulang dari kampung.

Koleksi terbaru akak ialah set ni..twin roses.ala...ramai rakan antik dah ada,kiranya akak ni tertinggal keretapi la.Sebelum ni ada dua keping piring leper,sekarang seronok sangat sebab dah dapat 6set cawan.Nak kena cari teko la pulak.



Okey....ni lah aje koleksi seciput twin roses akak.Apapun,puas hati sebab dah dapat set idaman hati.

Ahad, 22 November 2009

Hunting Rumah Opah

Salam hari minggu.Hari ni lepak di rumah je,cuaca pulak ala-ala sendu,memang menggoda untuk bermalas-malas di atas katil.So..layanla pikas hasil hunting di rumah opah.Opah mana?Macam ni ceritanya.
Akak tanya pada akak tukang sapu,ada ke orang tua2 yang nak jual barangan mereka.Diapun janji nak tanya kepada jirannya.Akhirnya,adalah sorang opah,umur dah 74 tahun yang sedia menjual koleksi dalam simpanannya.Maka,dengan senyum simpul dan terlebih ramah akak pun terjah la ke rumah opah tu,tak penah kenal pun...Ni lah koleksi yang akak dapat:

Teko meakin Rosa.Kondisinya taklah tip top sangat,harganya pula kurang sikit je dari ML.Bukan apa,tak sampai hati plak nak bayar murah sangat,sian opah tu.Kalau ada sesiapa nak barter rosa ni dengan teko meakin biru gumuks,macam ni jugak,amatlah dialu-alukan.

Tureen meakin Rosa,sayangnya takde tutup.oleh sebab akak dah ada meakin biru,akak tak bercadang nak simpan si Rosa ni,satu hal plak nak hunting kaum kerabatnya. Jadi akak dah bersetuju nak barter je meakin ni dengan seorang rakan blogger.

4 set cawan ros jambatan - A shape.Akak takde teko,sesiapa ada teko extra,nak barter dengan koleksi lain,sudi-sudikan la..

4 set ros jambatan,agak besar- telah dijual sebab akak taknak simpan banyak-banyak.

Teko gumuk Dumex.Puas ku rendam,taknak jugak hilang dot dot hitam pada badannya.

Set ros merah,dapat 8 set semuanya.

Rasanya berbaloikan,terjah rumah opah tu.Sedar-sedar lebih RM100 jugak akak soping dengan opah.Lega jugak sebab nampak opah puashati dengan harga barang yang akak bayar.Buktinya,opah dah janji nak bawa akak ke rumah adiknya yang katanya lagi banyak menyimpan barang lama.Ada teko kotak lagi..eeee...tak sabaq dah ni...Apapun,seronok jugak geng dengan orang tua-tua ni.

Extra Set 4 SALE

Koleksi di bawah merupakan koleksi extra untuk DIJUAL.Jika berminat sms oke..no h/p disebelah:HARGA TERMASUK POS.


Set mini,VC Roses.Tanpa piring.Ada 4 biji.RM25.BOOKED


Mangkuk bubur.Ada 3 biji.RM35- BOOKED-


Ros jambatan - set terpakai.Ada 4 set,dua cawan ok,dua lagi ada sumbing sikit.Setakat hiasan...apa salahnya.RM37 -BOOKED-


Pelita ayan .Ada 1 set sahaja kaler merah.Banyak set hijau (boleh buat traffic light di rumah).RM33

Rabu, 18 November 2009

Mangkuk

Assalamualaikum.Cantik tak mangkuk ni.Kata yang empunya,usia mangkuk ni dah 50 tahun.

Selasa, 17 November 2009

Teko Lagi

Salam ceria.Lagi lagi teko,nak buat camna,dah minat teko.Teko labu ni dah ramai yang tayang,so akak ni kira tertinggal keretapi la.Terima kasihlah kepada toke labu yang menyumbang teko ni,merasa jugak ada teko labu.Yang kecik cinonet tu beli di Loken,lamaaa dulu.Cantik kan.......jangan nak ngorat tau...

Ini pulak teko mini,serupa macam kak Nor punya.Berminat ?


Teko ni akak ada extra...tapi antik kaw-kaw punya.Tengok pemegang dan mulut teko tu,entah sapa la cubit sampai lebam.Berminat?