Selasa, 1 Disember 2009

Cukup-cukuplah tu..

Salam ceria semua.Hari ni nak story sikit pasal hobi kumpul pinggan mangkuk ni.Kadang2 geram jugak dengan cik huby,sokmo suruh akak stop.Cukup-cukuplah tu...itulah ayat yang selalu disebutnya.Siap perli lagi...nanti nak tempah banner,gantung kat pagar "muzium barang antik"...eee..geramnya!!!
Kadang-kadang,akak terpikir,alangkah bertuahnya rakan-rakan lain,macam Yatt,Su Antik..mesti huby depa tak bising.Kalau bising,takkanlah penuh rumah dengan segala makneka koleksi.
Bila dia bising,akak pun belalah diri..ala,bukannya hobi kumpul intan berlian,emas permata,ini kumpul barang murah je,patut syukur ,kalau gila mengumpul emas,hah..lagi parah.Lagipun,bila tengok koleksi ni semua,hati akak jadi riang,gembira.Nampak..betapa mudahnya nak mendapat kegembiraan..tak perlu mahal-mahal.Khekhe..berbuih-buih molut akak berhujah,sampai dia tak kose melayan....Akak pun terpikir jugak,banyak sangat ke koleksi aku???Kome nengoklah sendiri.

Rak di atas ni,koleksi paling akak sayang.Rasanya,dah molek sangat susunannya,sebab tu tak boleh nak lepaskan mana-manapun.


Dua rak ala hengris ni,dikirim daripada Zai-Laman Seni.Jadi masa jumpa sewaktu raya baru ni,Zai bawalah sekali.Tak boleh letak koleksi yang sayang sangat,sebab ada tangan kecik yang sentiasa mengusik,mencuit,menarik....silap haribulan,menyembah bumi rak ni.


Sebahagian koleksi disusun atas para.Kurang cantik para tu,tapi nak buang tak boleh,sebab cik huby dah berpeluh memasangnya,hehe...tapi konpem selamat,sebab tangan kecik tak sampai ke situ.

Konon-konon ala Inggeris,akak pun tirulah saing-saing deco.Murah je rak ni beli kat jalan Kuala Kangsar - Rm27 je.Balik rumah akak tepeklah bunga.Koleksi di rak ni,selalu bertukar-tukar.Ikut mood..

Ni pulak almari doremon..hah Kak Ida Cottage,kita pun ada gak almari doremon.Jangan gelak ye,tengok susunan almari tu,herot petot.Main sumbat je...sebab dah takdak almari lain.Cik abang selalu marah pasal dah hodoh katanya,khekhe...akak ketawa jelah,sebab memang kenyataan pun.
Selain yang dipamerkan ni,dalam kotak pun ada lagi.Jadi,terpikir jugak,betul ke kata suami akak tu...cukup-cukuplah,awak tak kan puas.Entahla....biar masa menentukan.tak berani nak janji,takut janji pelesu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan