Rabu, 19 Disember 2012

Ronda-ronda pekan Danok

Salam ceria.terlanjur balik Kedah baru2 ni akak pun teringin nak ke pekan Danok.Dah lama tak pergi.Kebetulan dah pukul 3..hari pun hujan..tapi sempadan sesak dengan kereta yang nak ke seberang.
GAMBAR EHSAN GOOGLE
Dah hampir nak sampai sempadan baru teringat..akak ni bukan saja takdak boder ke,paspot antarabangsa ke...dengan kad pengenalan pun akak lupa bawak..hehe...akak tawakal jer..mokalau kena tahan kat laluan masuk tu..huh...melopong la aku kat situ..orglain masuk soping kat dalam sana.Nak sedapkan hati,akak pun bacalah ayat kursi banyak2...almaklumlah..pendatang haram u!!

Best sangat ke Danok tu...uhhh..idak la best sangat,cuma menjadi rutin keluarga akak di Kedah ni..masuk sebulan/dua bulan sekali untuk membeli beras.Memang beras Siam sangat berkualiti dan murah pulak tu.Kalau masak..baunya ala-ala bau pulut..tapi ada orang yang tak suka sebab agak melekit sikit di tangan.Sesuwai untuk orang tua..makcik2 takdak gigi..heheheh....Lain-lain barang keperluan dapur pun jauh lagi murah..akak compare sabun buku Dettol..kat sana dalam RM4 lebih...di sini RM7 lebih.
Kalau nak soping kain baju..ok..banyakkkk sangat..terutama untuk anak2 remaja yg berbadan slim.kalau makcik2 mcm akak ni..entahla...takdak pilihan la...frusssttt.Habih..soping sabun Dettol jelah....haha...berbaloii sgt datang ...

Oklah dah penat jalan..dah malam pun ,pergilah makan di Norlela Tomyam.akak oder mee tomyam..pelayan tu tanya..mee besar ke?Akak pun terpinga-pinga..mee besarrr???Dalam kepala..terbayang mee kuning macam di tempat kita.Sekali kau datang....haha

Nak kata keoteow tak keoteow..dah lapar..telan jelah.Rasa tomyam ni sedap..tapi ya ampooonnn..pedassss sangat.Mau taknya..dalam semangkuk tomyam ni,akak kumpul dalam 7 biji cili padi kampung.Tapi memang sedaplah..kalau perut ala-ala manja,janganlah nak cuba.Harganya ok..RM8 je semangkuk.
Sejam lepas makan tomyam ni,perut kakak akak dah meragam..manalah nak menggagau cari tandas ni..dah malam.Hah..apalagi,dengan slambanya kami redah masuk hotel..feeling2 kami ni pelancong..hehe ..terus terjah ke tandas.Ini antara hotel yang "berbintang" la di Danok tu..
Berjalan dari pukul 4 lebih sampai pukul 9 malam..apa akak beli?Haha..akak beli ni aje sebiji tanda kenangan datang ke Danok.
Ok..sekali sekala apa salahnya tengok2 tempat orang kan...nak beli barang murah kadang2 tak berbaloi dengan minyak kereta..cuma beralih angin.

5 ulasan:

  1. Salam kak Shas..
    memang betul2 koleksi warisan bonda betul la.. kagum saya.. :D

    Jemput singgah ke blog saya.. blog orang baru nak berjinak2 dgn PML :)

    BalasPadam
  2. assalammualaikum shas,ronda2 ni :)

    BalasPadam
  3. Puan N//Leeza
    Assalamualaikum
    Ya Allah..kemana menghilang..kami di APC semua tertanya-tnya.Dimanapun Leeza berada,saya doakan Leeza sekeluarga sihat walafiat dalam perlindungan Allah hendaknya...tabah menghadapi apa jua cabaran.Miss u so much...harap sangattt Leeza sihat ye..

    BalasPadam
  4. salam kak shas..
    amboiii kemain jengjalan ekk.. bestnya.. zaza tak pernah pergi sana.... :-)

    BalasPadam
  5. TQ zaza sudi bertandang :)Tak best sg lah...best lagi rantau panjang..rasanya.lagi bnyak leh soping.

    BalasPadam