Isnin, 3 Mei 2010

Yellow roses

Salam ceria.Ahad lepas tak cadang pun nak ke Memory Lane,alih-alih cik abang ajak pergi.Angin apa ntah..hah..tak pasai-pasai terbang duit akak..siapakah yang bersalah???Akukah atau dia???Hehe..helah bela diri..yang sebenornya,awak ni pantang kalau berjalan tak beli.Asal berjalan,mesti je gatai tangan nak membeli.

Sampai je satu gerai tu,terus "terbekenan"(maknanya tak sengajalah kan,hehe) dengan coffee pot ni.Bunganya tak cung sangat,tapi bentuk teko ni yang buat akak jatuh chenta.Lagipun,set ni nampak baru sangat,rim emas berkilat-kilat..

Close-up bunga...seakan-akan bunga daffodil..
Lagi satu yang buat akak "terbeli" tu sebab harganya boleh dikatakan murah.Sebiji teko,empat pasang cawan dan satu creamer cuma RM70 saja.Okeylah kan..

Tengok rim emas pada bibir teko dan cawan,takde cacat celanya..akak memang suka set fresh dari apek berbanding set terpakai, sebab nampak baru dan takde kesan calar .

1 ulasan:

  1. salam shas..sememangnya cantik koleksi teko & anak2nya..harganya pun berpatutan.Tahniah shas & simpan sebaiknya.

    BalasPadam