Isnin, 26 April 2010

Tak kenal,tapi jatuh cinta





Assalamulaikum...belum terlambat untuk sekali lagi mengucapkan tahniah kepada Chempaka dan Kak azzzah8 sebab menang tureen contest tempohari.Alkisahnya,bukan takdak niat nak masuk jugak pertandingan tu,tapi bila hadap komputer nak cerita pasai tureen akak yang satu ni,terus 'kelam".No idea...kata orang,kalau nak "goreng'pun,biarlah nampak cerdik sikit kan..Cuba-cubalah jugak google cari informasi,pun takdak idea.

Sebenarnya,tureen ni pemberian MIL,masa nampak pun,dok tertiarap kat rak pinggan mangkuk.Dapat kat akak,basuh,gosok-gosok,tengok...dah berkilat,silau biji mata.

MIL pun tak ingat sangat sejak bila dia simpan tureen ni.Sama ada beli ke,dapat hadiah ke,dia pun lupa-lupa ingat.Kalau tak silap dapat hadiah katanya.So..takkanlah nak cerita cam gitu,ye tak...Jadi,tak jadilah akak nak masuk pertandingan tureen tu.Tahniahlah kepada yg menang,dan tahniah jugak kepada penyumbang hadiah.Ternyata,anda adalah insan pemurah,semoga terus dimurahkan rezeki.

Kalaulah akak masuk,menang pulak tu,mesti dengan bangganya akak buat tayangan perdana.Kalaulah..kalau..hehe,belum apa-apa dah riak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan