Khamis, 15 Mac 2012

Tureen lagi...

Salam ceria..
Sedar tak sedar dah khamis hari ni...ahhhh...kejap je cuti sekolah dah nak habis.

Sekadar berkongsi hasil shoping di Loken Ahad lepas.Sebiji tureen mekin celeste dan sebiji tureen 3 roses.Seronok pulak bila tengok tureen ros pelbagai bunga.



Cantik kan...:)
Dibandingkan harga tureen dengan teko,rasanya murah lagi tureen sekarang ni.Harga teko dah melantun-lantun naik,terutama spesis aladin yg bunganya susah diperolehi.So...kolektor budget ni pun mampu beli tureen je lah :)
Jom kolek tureen...

Ahad, 11 Mac 2012

Re-open sale

RM75 TIDAK TERMASUK POS.STOK BARU.BOOKING 3 HARI SAHAJA-SOLD
AVAILABLE
RM50 TERMASUK POS.TUTUP LAIN BUNGA.BOOKING 3 HARI SAHAJA
75 TERMASUK POS SEMENANJUNG (POS MALAYSIA).BOOKING 3 HARI SHJ.

Jumaat, 2 Mac 2012

Tureen

Salam ceria.....walaupun hati tak ceria sangat sebab esok sekolah ganti sempena chinese new year tempohari.Masa cuti seronok,masa nak ganti..,huwaaa....Macam biasa,pelajar bukan ada sangatpun,separuh kelas ponteng.Apa depa nak takut,bukan boleh ambil tindakan apa-apapun.Sekarang ni macam-macam program suruh sayang murid,ambilhati murid..pagi2 tggu murid di pagar,meraikan kedatangan murid di pagar sekolah...Ishhh..tolonglah..banyak lagi kerja lain nak buat.Sekurang-kurangnya jimat tenaga..boleh pakai masa dalam kelas nak pung pang pung pang.Ish..ish..emo pulak aku nih...:)

Nak hilang tensen,baik layan tureen cantik ni,sejuk sikit hati.Cantik sangat bunganya,harga pun cantik jugak....

Yang comel ni hasil penat lelah hunting di Loken,hehe..penat ler sangat,tunjuk2 je..Harga pun sangat berbaloi-baloi..

Sebahagian tureen akak yang seciput..adalah tak sampai 10 biji pun..jadilah..:)

Rabu, 22 Februari 2012

JUALAN


5 PASANG
SOLD

Selasa, 21 Februari 2012

Jualan

BOOKED-TQ
RM70 .Berminat sms 0194222761
AVAILABLE
RM70.Berminat sms 0194222761

Ahad, 5 Februari 2012

Teko Gasing ?

Salam maulidur rasul...
Boring sungguh hari ni....so jom kita tengok rupa teko gasing...
Macam-macam nama dah diberi pada cik teko,kali ni kita panggil teko gasing pulak.
Hanya ada 3 sahaja dalam koleksi akak.

Pemandangan ala Jepun ni beli online...cantik...suke...nampak baru sangat.Walaupun suka PML,tapi akak amat suke kalau dapat barang yang bersinar-sinar=New Old Stock.Tambahan lagi kalau fresh baru kuar kotak dengan jerami atau surat khabar reput.Ishh....seronok sangat.
Ini hasil hunting sendiri,NOS
Ini pulak used item...tapi sangat rare tauuuu...memang tak sangka nak dapat dengan cukup mudah sangat.Kondisi masih lagi cantik,tiptop...

OK....kita hunting teko gasing pulak...:)

Sabtu, 28 Januari 2012

Jom intai :)

Salam ceria...
Mengisi cuti seminggu ni dengan duduk relax-relax,jalan-jalan,makan-makan.....menambah beras :)

Ok..jom tengok apa isi almari lauk yang akak dah make-over ni.
Lagi boleh sumbat...sumbat je,hehe..yang pasti ini antara koleksi akak yang agak rare (pada akak le).
Tingkat pertama..semua koleksi kangkung paling disayangi,huwaaa...
dua biji kangkung ala mekin tu daripada Kak Radia,Singapore.Yang lain2 tu hasil hunting sendiri,beli di Loken pun ada...
Tingkat bawah-set twin ros....mcm tak berseri je level ni..bila2 rajin nak kena ubah nih..Aladin daripada Ezani.Kerana aladin ni lah cik mat gebu meroyan bertahun-tahun,hehehe...Pantang tgk Ezani nak ditelannya.Cawan twinros dari nyonya Kampar...kenangan akak jadi toke sekejap.

Tingkat dua akak tempatkan set cabbage ros dan two tone rose..bercinta akak nak dapat cawan dan teko untuk dua2 set ni.Cawan two tone tu beli dengan mat gebu masa blog2 PML ni tengah meletup,huhu...kenangan kan.

Teko ros kobis beli dari Kak Tun Loken,cawan daripada Memorywood,sukee cawan tu :)
Setiap benda ada cerita sendiri....cadang tu nak letak label pada setiap koleksi,supaya anak-anak tahu nama bunga,nama benda.Jangan esok..mangkuk tingkat dipanggilnya mangkuk hayun,sapa nak jawab???hehehe....