Ahad, 30 Oktober 2011

Melangkah semula

Assalamualaikum buat yang membaca catatan ini.
Lama benar rasa Koleksi Warisan Bonda berehat....berhenti seketika menjejaki koleksi barang lama,rehatkan diri,rehatkan poket.Bukan apa,rasa "penat" jugak bila sebulan shopping mencecah angka ribuan.Masuk bulan kedua,ketiga.....takleh jadi ni,jadi stoplah dulu.Suami pun asik bising.
Rasa tak adil jugak kepada suami,anak-anak bila berbelanja untuk hobi sendiri sebanyak tu.TAPI,kalau anak-anak mintak belanja,kemut bukan main lagi,hehehe....

Lebih kurang 5-6 bulan "puasa PML"(rasa mcm bertahun,huhu...),hari ni kali kedua akak menjejak kaki ke Loken.Inilah hasil shopping akak,shopping berhemah gitu,hehe...
Sangat berbaloi-baloi harganya,untuk tureen saiz 6inci ni,cuma RM50 saja.Kalau hunting sendiri di kedai apek,patah kaki pun belum tentu jumpa.Mana-mana kedai apek pun,mana ada stok barang lama lagi,apek tu sendiri yang kategori "antik"....tak selera...

Selain mengumpul PML ni,akak taktau lagi apa yg patut dijadikan hobi.Rasa "menderita" jugak hidup tanpa hobi.
Akak cuba alih ke hobi memasak..takleh jadi,awak masak,awak jugak yang extra makan.Alih-alih cik abang dah warning,taknak lagi masak-masak,dah..stop!!
Hari ni dia jugak yang beriya-iya nak bawak akak ke Loken,hehe....BERJAYA .
So...kembali ke hobi asal,mengumpul PML.



Ok...sekadar berkongsi hobi,apa salahnya tayang koleksi kan,walaupun tak seberapa...hehe.
Bye...wassalam.

Jumaat, 23 September 2011

Kendi - For Sale

2 set-sold out
RM77 termasuk pos
Berminat sms 0194222761

Ahad, 31 Julai 2011

Rose kobis

Assalamualaikum dan....Salam ceria...
Dah ready nak berpuasa esok?Selamat berpuasa,mudah-mudahan amal ibadat kita berkualiti dan diberkati.

Dah lama tak update blog dek kekangan masa.Maklumlah,dah nak masuk musim peperiksaan ni,mestilah sibuk menyediakan bahan untuk ulangkaji pelajar tambahan pulak untuk peperiksaan besar SPM dan STPM.Tapi...nampak gaya macam cikgu je tertekan dek tekanan pentadbir,murid2 relax je.Cikgu pulak yang terlebih kepoh,hehe...nasiblah.Tapi seronoknya mengajar kelas peperiksaan ni,umpama mencabar diri kita sendiri.Kalau takdak cabaran,buhsanlah pulak kan...

Okey..sekadar berkongsi set ros kobis yang dah lama dapat...ini saja yang ada.



Cantikkan ros kobis ni,dah lama berkenan bila menengok member2 PML lain punya.Ingatkan tak merasa dah..alhamdulillah,dapat jugak :)
Ada rezeki,harap2 dapat pulak cawan mulut lebar ros kobis.Bila???Dimana???Macamana nak dapat????
Bila-bila lah...stop dulu PML,kita pikiaq bab posa dan raya dulu.

Isnin, 11 Julai 2011

For sale:Cawan Grape


SOLD
5 biji cawan siku tajam(cawan bujang)
bersama
dua piring kuih saiz 7inci
RM77 termasuk pos

Ahad, 10 Julai 2011

creamer oc 4 sale

SOLD
Last stok-ada dua biji sahaja.
RM 35 tidak termasuk pos
Berminat :sms 0194222761

Rabu, 6 Julai 2011

Aladin Bujang

Salam ceria
Gembira berkongsi dua biji teko aladin bujang akak.
Nampaknya akak pun dah terjangkit dengan rakan-rakan lain,mengumpul teko aladin.
Kepada peminat PML baru,mungkin tertanya-tanya,camna pulak nak kenal teko aladin nih?
Haa....kalau tangkai melengkung macam ni,body gini,namanya teko aladin.
Dah kenal tu,kalau rasa minat,cepat-cepat rembat kalau jumpa sebab teko gini agak sukar nak ditemui lagiKalau adapun mungkin di rumah orang2 kampung.

Aladin 2 roses yang sangat menawan.Teko pun besar,ala-ala saiz L.


Ini pulak dipanggil bunga kemuncup.Ada nampak cawan untuk bunga ni,tapi akak mencari cawan jenis mulut lebar.Setakat simpan teko saja pun,ok jugak.Jimat ruang kan,hehe...


Okey,layan pikas....bye :)

Sabtu, 2 Julai 2011

Koleksi Two Roses

Salam hujung minggu
Minggu ni dan mungkin dua tiga minggu seterusnya,nampak gaya kena stop hunting PML sebab dah "terlebeh sudaa".Tapi puashatilah...dapat memiliki idaman hati sekian lama.
Okey,takde benda baru nak dikongsikan,sekadar koleksi two roses yang bertambah ahli keluarganya.
Dua tureen berlainan bentuk...bunganya pun lain.Yang bulat tu bunganya lagi terang/pekat.Cantik...tapi akak cadang nak lepaskan.Insyaallah,akak bertukar tangan :)

Pertambahan teko saiz sedang yang terang bunganya...pun cantik.Kalau dah suka roses,cantik aje kan mata ni melihatnya.
Cawan mini ,terima kasih Yatt atas sumbangan piring2 comel tu :)



Okey.....bye..:)