Rabu, 10 November 2010

Hunting Loken-Sweet Roses2

Assalamualaikum. Aku yang masih setia di sini.Tengok blog lain,ala-ala sepi je,masing-masing layan facebook.Tak kisahlah,di sini bermula,di sini ku teruskan jua.Sedihlah pulak..khikhi..

Ahad lepas ke Loken lagi,terget nak mencari set pemandangan ala-ala Jepun,alih-alih akak terlentok,terkulai manja dek penangan ros dua kuntum ni.Harga pulak berbaloi-baloi.Walaupun cuma ada 5 cawan dan 6 piring,tak kisahlah..kalau nak guna pun,bukannya selalu tetamu datang 6 orang,ye tak...hehe..selebihnya buat santapan mata je.




Cawan shape berbiku-biku,serupa macam cawan bunga lalang yang barter dengan Yatt dulu.



Jalan-jalan kat loken,terjumpalah gravy boat mekin Rosa,akak tak kolek set-set mahal tu.Akak ni kan collector budget,huhu..jadi akak tolong rembatkan buat seorang rakan yang telah "berpaling tadah" ke blog masak-masak.Tak kisahlah,janji akak pun "menadah"tangan andainya cik kak tu dah takmau teko-teko batu dia tu,khekhekhe...Rasanya murah bebenor si Rosa tu,RM25 je.Sapa-sapa nak menborong cik Rosa,datanglah Loken,banyak piring,pinggan,tapi harga tak pastilah.Tureen dan teko Dumex pun ada minggu lepas.Amboi..promote Loken pulak,macamlah aku dapt komisyen.

Okey..layan pikas.

Ahad, 7 November 2010

Mrs Pot Jambatan Bosi

TEKO SAHAJA
SOLD
Berminat : SMS 019 4434109
Cantik,belum digunakan.


Rabu, 3 November 2010

Kangkung

Assalamualaikum,saja nak kongsi koleksi kangkung yang biasa-biasa saja.Yang bertambah pun cuma teko kangkung tangkai segi hasil barter dengan kak Tun Loken.

Hehe..kelakar pulak ingat,saja singgah2 tengok barang jualan Kak Tun,alih-alih jadi sesi berbarter pulak.Apapun,suka sangat,sebab bertambah lagi koleksi teko kangkung.Harap-harap lepas ni akan dapat bentuk lain pulak.








Okey..layan pikas.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Indahnya Pemandangan

Assalamualaikum....
Ahad lepas berkesempatan ronda-ronda di Loken.Sebenarnya pergi tu takde tujuan atau benda nak caripun,sebab kebelakangan ni susah nak jumpa teko antik yang cun-cun.Oranglain dah sambar dulu kut.Maklumlah...orang pergi lepas subuh,awak ni dah meninggi hari baru nak hulur kaki.Memanglah,kutip tapak kasut jelah!

Tapikan,sesuatu yang menarik di satu gerai jual pinggan mangkuk antik ni,akak terjumpa dengan dua orang yang sakan memborong cawan-cawan lama ni.Kalau pompuan ni,no heran lahkan,ini lelaki.Kita kenai Mat Gebu dengan Ezani je,pasti di luar sana ramai lelaki yg pun suka mengumpul pinggan mangkuk lama ni.Kata penjual tu,dah banyak kali cik abang ni borong dari dia.Ish..ish..laki aku je yang minat!!Masuk dalam keta,apalagi,akak pun sakanlah buka cerita apa yg dilihat tadi.Bukan apa,nak bagi cik abg kita tu sedaq sikit,hobi isteri dia ni,bukan hobi terpencil,tetapi RAMAI suku-sakatnya diluar sana.Cerita ada makna,hehe...

Jalan-jalan...akak tertarik dengan satu sugar pot made in Japan yang bermotifkan pemandangan.Rasa-rasa nak buat gambar bersiri pulak,dipadankan dengan teko yang sedia ada.
Okey...ini pemandangan pada teko yang dah lama akak beli di Loken.Macam lukisan kan...


Ini pulak pemandangan pada sugar pot.Ada pokok sakura lagi...

Rumah comel,didepannya jambatan merentasi tasik kebiruan.I like...cantik sangat pada pandangan mata akak.


Rasanya tak lari rumah,bukit,tasik...unsur inilah yang ada dalam kebanyakkan pemandangan pada pinggan mangkuk lama keluaran Jepun.Mesti ada cerita disebaliknya kan,berkait dengan kepercayaan,budaya....tapi tak koser pulak akak nak mencari tafsirannya.

Yang pasti,akak dah jatuh cinta dengan koleksi pemandangan ni.Lepas ni,ada alasan nak ke Loken selalu,hehe..

Selasa, 19 Oktober 2010

5 Roses

Assalamualaikum dan salam rindu buat semua rakan-rakan antik.Dah lama tak update blog dengan koleksi antik.Sebabnya...dah tak berkesempatan nak hunting sana-sini,penat...asik mesyuarat itu,mesyuarat ini,maklumlah...hujung tahun,budak nak exam.Macam-macam program,darurat PMR lah,kepong STPM lah,macam-macam nama.
Okeylah..hari ni nak kongsi koleksi terbaru,taraaa...teko siku tajam 5roses.Sempena nama 5 roses,sekarang dah cukup 5 teko 5 roses akak.Jangan maree..hehe..



Kalau bunga lain tu,boleh tahan lagi,tapi kalau 5 roses ni,banyak manapun jumpa,rasa nak sambar je.Sebab apa...bunganya lain.Mai kita tengok close-up..
Ini bunga pada teko ala-alaadin.Besar,terang/pekat warna bunganya.Kiranya yang ni paling cun sekali.makcik sayang you...


Yang ni pulak,bunga agak kecil.warna pun agak cair.

Ini bunga pada teko siku tajam.

Ini pulak teko gemuk pendek,warnanya agak purple,pudar sikit.Daunnya ada warna coklat.

Okey...kepada rakan2 antik,sama-sama kita kumpul 5 roses.Memang cantik,tak jemu dipandang.Bye-bye.

Khamis, 7 Oktober 2010

GA Kelly

Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan buat Kelly.Jom layan GA yang dianjurkan Kelly sempena ulangtahun perkahwinannya.Rajin sungguh Kelly ni buat GA.Terima kasih....semoga lebih dimurahkan rezeki.



Syarat-syarat penyertaan :

Mestilah Kelly's Life blog follower
so kalau yang belum jadi follower blog ini, kenalah follow dulu & lepas itu baru layak sertai GA ini

Terbuka pada follower kat Malaysia, kalau yang luar nak join, kena bagi alamat di Malaysia

Linkkan blog Kelly's Life di blog anda

GA ini akan bermula pada 3hb Oct dan akan berakhir pada 3hb Januari 2011

Dan buat N3 kat blog masing2

Sila tinggalkan komen berserta nama, alamat, email dan nombor telefon di N3 .

Jangan lupa nyatakan " Kenapa anda suka melawat Kelly's Life blog?"

Sabtu, 25 September 2010

My Antique


Assalamualaikum.Akhirnya,merasa jugak nak memiliki sentuhan FA,WALAUPUN bukan buatan sendiri.Almaklum la...keras tangan,bab-bab seni ni kureng sikit.Apapun,terimakasih kak Shima sebab sudi menyiapkan My Antique Collections ni.Cadang tu nak letak atas pelapik hiasan,letak atas almari,tapi,ada pulak tangan comel yang asikkk ambik pelapik tu buat pistol.jadi sekarang gantung aje.