Khamis, 11 Mac 2010

Kangkung

Salam ceria.Camna rakan-rakan antik,ligat hunting,banyak masyukk?Paparan kali ni cuma nak kongsi hasil hunting terbaru akak.Bukanlah gigih sangat,terjah kedai itu,masuk kuar kedai apek.Cuma pergi ke kedai biasa,kebetulan mood nyonya baik,dia sanggup panjat stor mencari koleksi lama.
Nyonya antik ni pun boleh tahan mood depa.Kena sabaqla..kalau tak, tak dapat barang,hehe...walaupun dalam hati,eee..nyampahnya aku nyonya ni.Ringkasnya,kontrol ayu gitu.

Berkat sabar,akhirnya akak berjaya mendapat teko kangkung kecil comel lote ni.Agaknya,apalah guna sebenar teko tu ye,sebab kecik sangat.Takpalah nyonya,hang sombong pun,aku sabaq...sabaq..janji masyukk,hehe
Piring kangkung leper ni pun comel,muatlah ikan goreng dua ekor.Piring dan ashtray ni kalau berminat,jenguk-jenguklah di kedai Nannie,kut-kut ada lagi.

Bye-bye,tata..titu..

Selasa, 9 Mac 2010

Yang hitam-hitam saja-4 sale

HABIS DIJUAL
Jika berminat-sms okey.Kalau nak barter pun ok.
Mangkuk bujur kekwa hitam RM35 (FREE POSTAGE)
2 booked - dah habis

SOLD OUT
PIRING BUJUR SAIZ 10INCI.RM30 SEBIJI (FREE POSTAGE)
1 booked-ada lagi satu


SOLD OUT
MANGKUK PAKIS-RM40 (FREE POSTAGE)
MASIH ADA STOK
MANGKUK NASI TAMBAH KEKWA HITAM-RM35(FREE POSTAGE)

Khamis, 4 Mac 2010

Hari minggu yang menyeronokkan



Minggu lepas,seronok sangat sebab menerima kunjungan Nannie yang sudi bertandang ke teratak hamba.Tapikan...sorry lah Nannie,nak sembang pun susah dek "Mat gebu junior"yang macam-macam ada tu.Bak kata Nannie,sempatlah tengok aksi buat teh tarik dengan air oren.Malu pun ada sebab anak nannie si Adam tu relax je.Agaknya "atuk Mat Gebu"pun lasak jugak apa masa kecik dulu,hahaha...

Dua petang akak menemani Nannie jalan-jalan kosongkan poket,hehe...sakan jugak Nannie menyoping.Oleh sebab Nannie tidur di Kampar,jadi dua harilah akak sanggup berulang Tapah-Kampar untuk bertemu nannie.Walaupun sedikit penat,tapi seronokkkk sangatttt.maklum jumpa geng.Harap-harap lain kali kita dapat lagi macam tu lagi ye Nannie.

Andai ada salah silap,maaf ye.

Rabu, 3 Mac 2010

Wild Rose

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Bunga wild rose memang popularkan,ramai rakan blogger ada koleksi ni.Cuma...nak dapat cawannya yang susah sikit kan.Akhirnya dapatlah menatap rupa cawan wild rose,walaupun sepasang cuma.Jadilah...sekadar menambah semak almari,hehe


Ahad, 28 Februari 2010

Biarkan Lalang Tumbuh Lagi

Salam hari minggu.Wah...dasyat hunting nampaknya rakan-rakan antik semua.Kata dah insaf,nak kurangkan hunting,khekhe...tapi...tengok tu,penuh bonet keta.Layan jelah hobi kita ni,selagi ada barang dijual,esok-esok stor apek dah kosong,ramai-ramai kita berhenti.

Ini pulak hasil hunting online,senang..Piring cawan dari kedai Wan Penang,piring kuih 7inci tu pemberian Kak Saidah masa barter dengan dia dulu.Cawan janda plak hasil barter dengan Yatt,lamaaaa dulu.cantik cawannya sebab berlekuk-lekuk macam dagu Siti Nurhaliza,hahaha..

Ini yang paling akak suka,sugar dan creamer daripada Mrs.Nor.Kalau hunting sendiri nak jumpa dua benda ni,tunggu patah kaki kut baru jumpa.Entah pasaipa,sepanjang mengumpul barang lama ni,akak jarang berjumpa bekas sugar dan creamer .Sebab tu lah semua koleksi akak takdak dua benda ni.Satu tu,tutupnya cacat sikit,takpalah..akak rembat jugak.

Makanya...membesarlah lalang di rumah akak,sebiji teko aladin,6 pasang cawan,sebiji piring kuih,sugar dan creamer.Yang mahalnya,teko memang daripada koleksi mertua akak sendiri.




Okey...teruskan hunting,layan jelah hobi kita ni.Mana tau,esok-esok jadi harga koleksi lama ni,ramai-ramai kita jadi orang kaya pulak,khekhe...

Sabtu, 27 Februari 2010

Yellow Daffodils

Assalamualaikum dan selamat berhari minggu.Tak hunting ke?N3 kali ni ialah ulang siaran set yellow daffodils yang makin membiak.Sebelum ni cuma ada set cawan je..

Akhirnya semalam sampai ke tangan akak tiga keping piring dan sebiji coffee pot.Alahai...seronoknya.Mimpi jadi realiti,memang tak sangka akhirnya dapat juga melengkapkan set ni.
Asalnya akak hanya memiliki dua set cawan yang dijumpai sekitar bulan Mac 2009.Lama ku tenung cawan tu,kemudian jumpa lagi sampai berlebih-lebih pulak.
Dah masuk Mac 2010,baru lengkap set ni....pada akak inilah keseronokan mengumpul barangan lama ni.



Apa nak dikata...terima kasih buat rakan ku itu yang bersusah payah menolong akak melengkapkan set ini.Semoga hunting"lebat"hari ni,hehe...
Pesanan penaja,set ni ada beberapa set extra,kalau berminat sms ok.

Jumaat, 26 Februari 2010

Cawan Bunga Bakul-4 Sale

HABIS DIJUAL

Cawan bunga bakul 3 set-RM45.FREE POST
BERMINAT-SMS