Jumaat, 31 Julai 2009

Magkuk kecil

Salam hari minggu kepada semua yang membaca catatan ini. Esok cuti,ke mana kita?Rasanya dalam suasana H1N1 sedang melanda daerahku sekarang,tak sesuai untuk keluar ke tempat-tempat awam.
Kali ni cuma nak kongsi koleksi mangkuk-mangkuk kecil yang kiut-miut.Bunganya cantik juga....kelerpul itu yang memikat hatiku.


Mangkuk kecil ni pula kebetulan bunganya sama dengan sudu.Tapi camna nak display sudu ni,tak pandai la pulak.




Sabtu, 25 Julai 2009

Pink Yellow Rosses

Koleksi lama pink kuning ini memang amat memikat.Boleh dikatakan ramai peminat tegar antik dah ada set lengkap.Jadi,yang ingin aku kongsi hanyalah mangkuk pink kuning...pertama kali aku melihatnya.Mangkuk ni jumpa di Memory Lane,Ipoh.Kata penjual tu,ini ialah mangkuk basuh tangan,dan memang tiada penutup.Entahla..betul ke tidak.Layan jelah...




Hitam Itu Menawan

Salam hari minggu semua. Hari ni nak kongsi koleksi bunga ros hitam.Mulanya tak minat sangat bunga ros hitam,suka yang kalerpul gitu..tapi bila tengok cawan ros hitam ni jatuh cinta la pulak.Nampak romantis sangat bunganya.Walaupun takde piring,beli juga.

Bunga ros sejambak...rasanya tak pernah lagi lihat set macam ni.

Jalan-jalan lagi,jumpa pula piring ros hitam,rasa mcam sepadan je dengan cawan tadi,beli lagi....

Bila letak bersama,kira ok lah kan.......

Jumpa pula teko ros hitam........lagi ok lah.Bagi orang jenis tak skema macam aku ni,kira "ngam" la kalau dihidangkan bersama.Tak berdosa pun,haha..

Khamis, 23 Julai 2009

Enamel Merah

Salam ceria kepada rakan-rakan yang membaca catatan ini.Kali ni n3 koleksi enamel @ayan merah putih.Dalam banyak-banyak warna,merah putih ini memikat hatiku.

Pelita ni jumpa di kedai hardware sewaktu hendak membeli spray cat.Murah saje..RM9.

Besen ni pulak sudah lama memikat hatiku,tapi harganya agak mahal,iaitu RM40.Alasan nyonya kedai tu,ini barang lama,sekarang sudah tak kuar lagi.Alih-alih,petang tu bila tanya,dia cakap RM8 je.Sedap mulut je nyonya ni sebut harga.

Teringat zaman kecil dulu,kalau kenduri-kendara,besen ni digunakan untuk masukkan daging atau bawang.

Last sekali,dalam koleksi merah putihku ialah kole ayan.Pesen ni masih ada lagi di kedai-kedai pinggan mangkuk.. tapi yang ini sangat murah,RM1 je.

Selasa, 21 Julai 2009

Two Tone Roses

Petang tadi dapat parcel daripada Cik Mat Gebu,ala...program "barter -barter" kita orang.Kalau ahli kelab peminat Cik Mat mesti ingat n3 Ci Mat pasal cawan bunga api meletup yang aku kirimkan padanya.Makanya..tadi sampailah pula kiriman daripada Cik Mat. Two tone roses,betul kan Mat,engkau yang cakap nama tu..haha.So,terima kasihlah pasal Kak Sha memang takdak lagi set bunga macam tu.Kalerpul lagi,memang taste Kak Sha.Ni cabaran ni supaya akak melengkapkan set tu..harap Mat tak serik barter dengan akak.


Parcel kedua,washer yang telah siap dimekapkan oleh Zai..Laman Seni Zai.Terima kasih Zai,cantik,Sha suka.Cuma,takut nak display lagi sebab si hero asyik menarik,takut kemek.Bak kata si kakak,ibu sorok dalam almari pakaian la senang..haha.

Yang menempel kiri kanan tu ialah projek "deco sendiri"yg baru siap spray.Haa..cik Ainie,fasa pertama dah siap,tunggu fasa seterusnya (malu..sticker dah lama Ainie pos,siapnya tidak).

Alahai..indahnya hidup kalau tiap-tiap hari dapat kiriman barang.

Sabtu, 18 Julai 2009

Meakin & Maple

Petang Jumaat...dua kotak besar sampai ke rumahku.Alahai,terujanya aku hendak melihat isi dalamnya.
Ini isi kotak pertama.Set Meakin biru daripada kak Nor64.Alkisah kenal Kak Nor ni,aku kononnya menjual set mangkuk dan piring maple kepada akak ni.Nak dijadikan cerita,pecah lah pulak masa dalam perjalanan.Ganas betul abang posmen ni..pastu akupun pulangkan balik duit K.Nor.Terbalik cerita,kesian kat aku,Kak Nor janji nak kasi teko meakin.Kecil tapak tangan,rumah aku tadahkan,hehe..terima kasih Kak Nor.Yang lain-lain tu,kira barter la.Alang-alang kotak besar post le sekali.Kalau jumpa benda yg k.Nor nak,aku belikan le.Tak jumpa kalu...hehe,k.Nor takleh ambik balik,buruk siku..apa-apalah kita barter.Dont bimbanglah.Orang berbudi,kita berbahasa.

Haa..ini pulak isi kotak kedua,datang bukan sebarang datang,daripada Ratu Antik lagi,siapa lagi kalau bukan Cik Su Teratak Antik.Ini "barter"dengan Cik Su,aku bagi dia sugar bowl,dia kasi kita aladin maple.Mahal ni kalau nak beli...terima kasih Cik Su,kalau jumpa cawannya,habag mai no..

Dua benda yang diterima petang Jumaat tu,membuatkan aku kenyang,so..takdelah makan malam.hehe....inilah penangan hobi.

Khamis, 16 Julai 2009

Pelita Izan

Selamat datang buat member baru Izan Manjung.pelita-pelita di bawah adalah hasil barter dengan Izan .kalau sesiapa nak beli pelita ni,kunjungi blog Izan Shop.