Ahad, 16 Januari 2011

Bekas Sup 5ROses

Salam hari minggu
Jalan-jalan ke kedai second hand,terjumpa mangkuk sup 5 roses,sayangnya takde tutup.tak kisahlah,rembat jugak.Buat letak bunga pun okey kan....
Jalan-jalan pulak ke kedai antik,ternampak mangkuk yang serupa,bertutup.Mak aiii..harganya,tulis situ RM120.Lidahku kelu ,tak kata apa dah,hehe..


Bye...selamat menghunting.Akak dok rumah je hari ni,bukan badan je tak sihat,poket pun tak sihat jugak,hehe..paham-paham le.

Jumaat, 14 Januari 2011

Serasi Bersama

Salam ceria
Ramai yang bertanya,adakah Mrs Pot Kangkung semalam untuk dijual?Jawapannya "tidak".
Kenapa?? Ini jawapannya...
Teko-teko ini dah serasi bersama.

Tak tahulah kenapa akak suka dengan cara susunan begini.,kiri kanan mesti teko yang sama bentuk,hehe...

Bye...

Khamis, 13 Januari 2011

Lebih baik berdua

Salam ceria
N3 mrs pot kangkung datang lagi,dulu sendiri,kini berdua.
Mencari dan mengumpul teko kangkung tetap diteruskan kerana masih ada lagi bentuk2 lain yang tiada dalam koleksi.

Mrs Pot kangkung dengan penutup ori,perfect,takde cacat celanya.

Ini pula,penutup bukan ori,tapi ngam lah jugakkan...sayang sikit,bahagian pemegang ada sedikit garisan.

Okey..layanzzz..

Ahad, 9 Januari 2011

Kelapa Kuning

Salam hari minggu buat semua peminat PML.Selamat menghunting di Loken,Amcorp...mana-mana saja.
Akak.....hunting depan komputer je sebab "kebocoran dana" sudah mencapai tahap kronik,hehe...Tolak mai tolak pi,masuk 2011 ni,baru 9hb, dah 5jari dah dibelanjakan.Bulan masih muda beb...Perbelanjaan anak sekolah pulak tak habis-habis lagi,ada pulak benda-benda baru nak dibeli.So....dok diam-diam jelah hari minggu ni.
Okey...kali ni ulangtayang kelapa kuning/krim pekat.Dah pernah tunjuk sbelum ni.Teko gemuk pemberian ibu mertua.Sebelum dapat teko ni,tak pernah tengoh dan tak pernah tahu pun ada PML bermotifkan pokok kelapa melambai-lambai ni.

Okey ini pertambahan koleksi terbaru,dua keping piring saiz 10 inci dan sebiji piring mungkum.Murah je piring ni beli di Loken,2biji baru RM15,berbanding di satu kedai apek,sebiji RM28.Apek mana tu??Apek ayamas....



Mangkuk pemberian Kak Zee serasi digandingkan dengan piring mungkum.

Sabtu, 8 Januari 2011

Kelapa Putih

Salam ceria pada pagi Sabtu yang dinginnn sangat.mana tak dinginnya,makin lebat pepohon kelapa ditiup angin di rumah akak ni,hehehe....
Set ni dinamakan kelapa putih sebab latarbelakangnya bewarna putih.Melihat set kelapa ni,teringat zaman sekolah rendah dulu,asal cikgu kata lukis gambar pemandangan,mesti lukis rumah sebiji,belakang ada bukit,sawah padi dan pokok kelapa.Ada masa matahari tegak,ada masa matahari nak terbenam,hehehe..kelakar pulak bila ingat.Itulah gambaran pemandangan paling ideal pada masa tu.

Haa...inilah pengguni baru Koleksi Warisan Bonda hasil rembatan daripada Zazalimie.Cantikkkk sangat,walaupun tutupnya bukan ori.Mekasih Zaza....

Menyesal sangat,masa nampak jualan online cawan kelapa ni tak beli.Konon-konon masa tu tengah insaflah,nak kurangkan hunting,alih-alih melepas beb...Betul kata orang "biar menyesal beli,jangan menyesal tak beli".
Insaf tu pun satu..singgahnya sekejap sangat,lepas "keinsafan sementara" tu,makin galak pulak menyopingnya.Entahlah.....

Hajat di hati nak tambah cawan ,dua pasang pun jadilah yang latarbelakangnya putih,mcm di atas inilah.Harap-harap dapatlah nanti...bye.

Khamis, 6 Januari 2011

Simbolik - Cahaya 2011

Salam sejahtera.

Hari pertama tahun 2011: berjalan-jalan ke kedai antik.Tiba-tiba tertarik melihat pelita ni,apalagi...rembatlah.Kebetulan harganya kira okeylah,yang penting bukan senang nak cari design macam ni di kedai biasa.Sekarang ni kedai-kedai PML boleh dikatakan dah tiada barang dek serbuan peminat2 PML.Jadi,beralih pulak ke kedai2 antik walaupun harga yang ditawarkan lebih tinggi.Minat punya pasal...layan jelah.


Close-up pelita dari dekat,cantikkan...Balik ke rumah baru teringat yang hari ni 1.1.2011.Wah simbolik betul belian akak hari ni.Semoga 2011 bersinar terang dan penuh rahmat serta kegembiraan.

Okey..layan pikas.

Jumaat, 31 Disember 2010

Selamat Tahun Baru

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011
Tutup diari hunting PML tahun ini,berapa nilai pelaburan tahun 2010?Hehe...tak kirapun,kira hati gumbira.Kalau baca dalam satu ruangan di akhbar,seorang peminat antik memperuntukkan sebanyak RM1000 sebulan khas untuk membeli barangan antik.Apa nak dikata,kalau hati dah suka,mampu pulak tu....ya...teruskan aje!!

Apapun,membeli ikut kemampuan sebab dalam dunia mengumpul koleksi ini,kehendak tiada batasan.Kalau boleh,asal nama PML,cantikkk je di mataku.

Akak tutup diari PML 2010 dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan kerana berjaya memiliki apa yang dihajati.
Selagi kita membandingkan apa yang kita ada,dengan apa yang oranglain ada,selagi itu kita berasa kekeurangan.Penawarnya ialah...belajarlah bersyukur dengan apa yang kita ada.Mungkin Tuhan juga sedang menguji nafsu kita yang tiada batas sempadan.


happy new year...semoga 2012 menjanjikan lebih keberkatan dan rahmat buat kita semua.