Sabtu, 11 September 2010

Raya & Birthday

Scrapbook at WiddlyTinks.com
Scrapbooking Photo Tinks by WiddlyTinks.com
1 Syawal bersamaan 10 September
Happy Birthday Angah

Selasa, 7 September 2010

Maaf Zahir Batin



Assalamualaikum buat semua rakan-rakan blogger,silent reader dan yang pernah berurusan dengan saya.Pada kesempatan ini,saya mengambil peluang mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri.Mohon maaf andai ada salah dan silap,terasa di hati,terusik di jiwa.
Dalam berhati-hati menyusun bicara,mungkin ada kata yang terkasar,dalam gurau senda mungkin ada kata yang tersilap.Terlebih kurang,minta dihalalkan.

Okey...layan,kad raya macam-macam rupa dari member alam maya.

Daripada Kely.Suka tengok..lain dari yang lain.


Kad raya Yatt Precious.Happy family gitu...

Jumaat, 3 September 2010

Tunjuk sana sini

Assalamualaikum buat yang sudi singgah di teratak hamba ini...
Yahoo...sekolah dah cuti.Jangan kata budak sekolah,cikgu sekolah pun happy giler.Tapi kalau ada anak nak ambik exam,mungkin semangat raya tu kureng le sikit kan.Sebab...masuk sekolah tak berapa hari dah nak exam.Cikgu pun sama,buka sekolah."bersilat" le balik.Sebelum cuti pun dah 3 set kertas latihan percubaan negeri lain dibekalkan kepada pelajar.Biasalahkan...kerja kita.

Persediaan raya...inilah kuih tunjuk2 yang telah berjaya"ditunjuk"khikhi...Kalau yang pandai buat sendiri macam Kak Nor,Aida,Mat Gebu semua tu...ish..takdak deme pandangnya kuih tunjuk2 ni.Buat sendiri mestilagi best,ikut citarasa sendiri.Awak ni pulak...hehe..citarasa hebat,nak yang sedap,tapi sendiri bikin...tunjuk juga pandai,hehe..Budak2 pun memilih jugak,kalau tak sedap,sampai sudah depa tak makan.

Wajib ada,tart nenas.Alhamdulillah,sedaplah yang akak beli ni.Yang hitamni,crispy creepe..entahlah,macam2 nama,pun sedap jugak,anak2 gerenti suka.Jadi terpaksalah disorok.Kalau tak, sampai raya,tinggal bekas je.Tunjuk sana tunjuk sini,dah beratus akak habis.Harga di Ipoh dan Tapah rasanya okey lagi.Di Ipoh,3 bekas (<>50bj) harganya RM50.Di Tapah pulak,RM15 aje.
Sudi-sudilah bertandang....





Ahad, 22 Ogos 2010

Menu hari minggu

Assalamulaikum.Buat pertama kalinya,tuanpunya koleksi warisan bonda n3 pasal masak-masak,hehehe...sajalah...dah takdak benda nak n3...Sepanjang puasa ni rajin gak akak ni skodeng blog masak rakan-rakan blogger.Tapi...sampai bab masak,huh..resepi sendiri jugak yang dibuatnya.Resepi campak-campak.Resepi akak mesti menggunakan bahan seminimum mungkin.Kalau tengok resepi panjang berjela-jela,belum masak,baru tengok resepi pun dah pening hehehe...

Pergi pasar pun dah dekat pukul 11.Biasalahkan..hari lain bangun sahur,terus siap-siap ke tempat kerja.Hari minggu,manja2kan lah mata ni.Lepas subuh,gedebum...chek tidog sampai pukul 10.Nasib baik rumah sendiri.Kalau rumah mertua,mau sedepa panjang muncung orangtua tu,hehe..Pukul dua baru start masak.Kejap je dah siap.
Okey..hari ni masak bihun goreng,ada tauge dengan ayam je.Anak-anak tak makan sayur dalam bihun,jadi dari akak membazir sayur baik jangan letak,kang tabur je telur dadar dengan daun bawang.Dulu akak panggei ni" bihun bodo"tapi suami marah...dia buat mogok taknak makan...takut "bodo"hehehe...

Ini pulak ikan pekasam.Busuk-busuk pun sedap,entah-entah satu taman bau pekasam hari ni..
Kawan pekasam,kenalah sayur lemak tauge dengan tauhu.

Anak no 2 suka ikan besar-besar,nampak tekedang gitu dalam pinggan.Jadi akak persembahkan untuk dia ikan goreng bercili.

Last sekali...sotong goreng kuning.Biasalah tumbuk cili padi,halia,bawang putih,dll...

Nampak kan resepi akak semuanya jenis simple.takdak beradun sangat.Resepi orang malas..hehe..tapi kalau dah ibu sendiri yang masak,anak-anak makan berselera sangat.Seronok menengoknya.Maklumlah...masak dengan kasih sayang.

Sabtu, 21 Ogos 2010

Ulangtahun perkahwinan ke 17

Assalamualaikum dan selamat berpuasa buat semua rakan-rakan.Nak update blog dengan koleksi antik,takde pulak benda baru yang bertambah dalam koleksi.Tengok kawan-kawan punya jelah...

Okey...sekadar berkongsi kegembiraan dan kesyukuran,hari ni genap 17 tahun usia perkahwinan akak.Macam tak rasapun masa tu berlalu.Tengok-tengok ahli keluarga makin bertambah,anak-anak makin membesar.Semoga,kehidupan kami sekeluarga terus diberkati Allah,
Inilah permata hati akak dan suami.Mudah-mudahan menjadi anak yang soleh,berjaya dunia akhirat.

Khamis, 12 Ogos 2010

Selamat Berpuasa


Assalamualaikum...buat semua muslimin muslimat,khususnya rakan-rakan blogger mahupun peminat antik,selamat menunaikan ibadah puasa.Semoga diberi kekuatan untuk berpuasa dan mengisi ibadat puasa dengan perkara-perkara yang bermanfaat,yang dapat menambahkan pahala.
Blog antik pastinya sepi seketika,almaklum masing2 sibuk dengan persiapan untuk raya.Ada pulak tu,sibuk update blog masakan dengan resepi2 yang sedap-sedap belaka.Nanti akak skodeng ye,manatau teringin nak mencuba resepi rakan-rakan blogger.Dalampada skodeng tu,hai...kecur pulak air liur ku,lapar le pulak,hehehe...mcam budak-budak baru belajar puasa!
Okey...selamat berpuasa,bye-bye..

Rabu, 4 Ogos 2010

Ros jambatan-Mrs Pot

Salam ceria...n3kali ni adalah sambungan hasil hunting di Kedah masa cuti hari tu.Borong sakan le katakan..tu yang tak habis-habis lagi menayang,hehehe...

Borong apa lagi...tu haa...mrspot ros jambatan,dulu satu sekarang dah berdua.Jumpa pulak pinggan bujur besar,lengkaplah koleksi akak ni.BUkan pakaipun...dok posing je dalam almari.Pertama sebab sayang,yelah...bukan senang nak mengumpul.Kalau set moden ni,asalpecah je,bawak je duit pergi cari,bersusun kat kedai,beli je ganti.Ini...hai,jenuh tawaf,nyonya buat tak layan pun,hemoi jugak.Pahamperkataan hemoi?Maksudnya macam muka temboklah,hidung takmancung,pipi tersorong2.jangan heran ye,kalau banyak typing error.Keyboard desktop ni pun dah kena kopak dengan Mat Adib,esoklusa bakal nak kena campaklah ni.

Keduanya,takpakai sebab cik abe kita tak suka,kononnya kaca cawan dulu2 nipis,seriau letak kat mulut.Macam la gigi besi....tapi ada betul jugak.Tak kisahla..janji selamat koleksi akak..




Bila ditenung2 bunga hitamni,terpikir akak,hai...hitam-hitampun ,mahaljugak,orang berebut jugak membelinya.Nasib ko kaca,pinggan mangkuk,hitampun org berkenan,tapi kalau manusia???Kulit hitam okey lagi,sampai jadi supermodel pun si Naomi Campbell tu,tapi kalau HATI yang HITAM?Macamana nak bersihkannya,sembahyang cukup,mengaji pun sudah,puasa ,zakat...Agaknya inilah yang dikatakan rexeki ye,hati yang bersih menjadikan kita tenang,tengok orang pun nampak yang baik-baik je,takdelah asalmenilai orang,semua buruk belaka,kita aje yang betul,yang baik...
Ini sekadar luahan hati,jangan ada yang terasa...rasanya macam nak balik ke alam remaja,xaman persekolahan dulu.Masa tu,hati bersih sangat...tapi bila dah menginjak dewasa,dah keluar tengok dunia,kenal RM,pandai menilai pangkat,rupa,harta...pandai pulak nak berdengki dengan orang.Penyakit yang takde jual ubat di kedai,farmasi,klinik!!
Alhamdulillah,kalau kita cepat tersedar tentang penyakit itu,pandai-pandailah mengawal diri....
Adajugak pekdahnya akakmerenung ros jambatanhitamni,...hehe..