Isnin, 12 Julai 2010

Angkara anak kesayangan

Salam ceria.Semalam baca blog Azlina pasal lappy turun temurun yang menjadi mainan anak-anaknya.Kiranya berbaloilah beli,dah sampai 4 orang anak menggunakannya,masih okey..

Cerita akak pulak berbeza,lappy akak lagi mahal,tapi baru setahun lebih sikit pakai,inilah rupanya.Angkara anak kesayangan...

Alkisahnya,suami akak pergi kursus 3 hari di Ipoh,jadi semuanya hempuk atas batu jemala patik!Boring,tension dek kepenatan balik kerja,kerenah Mat Adib ni pulak yang macam-macam ada,akak pun ambik keputusan nak lena.

Akak pun lena dengan nyenyakknya.Tau-tau apa jadi?Diambiknya lappy akak dan dicabut huruf2,habis togel.Mula-mula tengok,nak tergelak pun ada,nak marah pun ye...tapi benda dah jadi.

Jadi sekarang kenalah pasang keyboard luar utk menaip.Makin hari makin togel,tinggal baris atas dengan kanan je,yang lain dah jadi arwah.Susah jugak nak cari sparepart keyboard ori,harga pun menjangkau rm200.Itu kata kedai pc di Ipoh la.

Sabar je lah dengan si kecik ni.Tengok tu,konon-konon buat peace bila tahu gambarnya diambil.

Sabtu, 10 Julai 2010

Yang kuning-kuning saja

Assalamualaikum dan selamat berhari minggu.Sambung cerita hasil hunting di Kedah tempohari...cik labu kuning ,debab-debab..Sapa teringin nak meminang si debab ni,caling2 akak ye..


Cuba tengok almari kat bawah ni..minggu lepas akak beli,masa bawak balik,belemoih kata orang utara,Maknanya..kotor,comot.Saja akak angkut bawak balik dari kedai perabot second hand sebab harganya RM30 je.Sekali lagi,sumbat je naik belakang Avanza.

Sampai je rumah,bulat mata cik abang kita..ni bukan almari antik,ni almari buruk katanya,khekhekhe...
Bukan apa,saja seronok-seronok.Cadang tu nak gosok,cat semula,saja..mengisi masa lapang hari minggu.Alih-alih,malas le pulak(sebenarnya..memang malaspun).Pendekkan cerita,akak ambik cat spray,apalagi...aku goyang ikut sedap tangan je lah..

Hasilnya..tengoklah,buruk bebenor,sampai cik somi tak bagi bawa masuk rumah..Tapi dah akak buat muka kelat,dia tolong jugakle mengangkatnya. ..Bila dah ambik gambar baru perasan cat tu tak rata.Biarlah..gamak tak tahan menengok nya esok-esok,cat semula.Mengisi masa lapang le katakan,hehehehe.Konon....




Ada satu petang tu,akak pun storylah pada suami pasal kononny barang lama ada penunggu,kena basuh pinggan magkuk lama dengan asam,macam yang kak Nor n3 hari tu,oh...apalagi, dapat lesenlah dia nak kutuk hobi akak ni.Ayatnya:
"Hah...pergilah lagi cari angkut bawak balik semua teko,almari buruk,bagi bertapa hantu setan dalam rumah ni!!!
Amboi..amboi..amboi..mulott,macamlah bini dia nak dengar,khekhe..kalau dengar takdelah rumah dah macam muzium pinggan mangkuk.Buat-buat tak dengar udahle,yang pasti barang antik baru tetap masyukkk,kan....lagi satu,sebulan sekali tetap tawaf Memory Lane.Sapa yang bawak,abangggg jugak!
Okey...bye-bye.

Danisha Giveaway


Syarat-syaratnya :-


1) Mesti menjadi follower danisha http://danisyakiffli.blogspot.com/

2) Linkkan blog sya http://danisyakiffli.blogspot.com dalam blog list masing-masing

3) Buat satu entry tentang giveaway ini dan masukkan link blog sya dalam entry tersebut (http://danisyakiffli.blogspot.com/)

4) Create satu ucapan untuk my anniversary dalam n3 masing-masing -
Buat Sya akak ucapkan Semoga mahligai yang dibina sentiasa dirahmati Allah SWT,dimurahkan rezeki dan beroleh anak yang solehah.Aminnn..


5) Jangan lupa tinggalkan "comment" dalam entry ni dan juga link yer..senang sya nak jejak..comment di shoutbox tidak diambil kira yer..

6) Tarikh mula penyertaan dari 6 Julai 2010 sehingga 31 Julai 2010..

7) Penyertaan GA ini hanya untuk blogger di Malaysia sahaja..


Khamis, 8 Julai 2010

Award lagi

Terimakasih kepada sya-danisha Cottage dan nannie - My Passion atas ingatan pemberian award ni.Akak ambik je ye..sibuklah sekarang ni.Maaf banyak2,tak dapat nak menjawab coklan cepumas yg diberi.jangan maree...Maklum dah dekat musim peperiksaan,nak Hari Anugerah,Minggu Ko-Kurikulum,kempen Membaca bla..bla..bla...


Isnin, 5 Julai 2010

Hunting Kedah-Part 2

Salam ceria.Tak habih lagi tayang hasil hunting semasa balik ke Kedah cuti sekolah lepas,so...kita sambung.Ala,takdak le spesel,rakan-rakan lain dah ada pun.CUma,sebab dapat hasil hunting sendiri tu,rasa syiok tu lebihla sikit.



Tengok tu,bunganya,menyerlah giteww...terlentuk manja lagi.Bunga 5roses ni walaupun nampak sama,tapi kalernya berbeza-beza walaupun cawan yang datang dari satu kotak yg sama.

Pinggan makan ada 5 biji,tapi semua sopek sikit kat tepinya.Dapatpun free semasa beli almari antik hari tu,sekadar hiasan je lah.Okey...bye2.

Jumaat, 2 Julai 2010

Parcel Pos Malaysia - Mahalnya!


Assalamualaikum
Adoila....bengang akak hari ni,pergi nak pos barang macam biasa di Pos Malaysia Tapah,alih-alih deme taknak terima parcel biasa kalau tulis kaca.Katanya dasar baru,betoiii ke,macam tu jugak ke di tempat lain?

Katanya lagi...kalu tulis kaca,kena pakai pos laju.Akak pun suruh la timbang,makoiii...nak terlompat..RM37.00.Sampainya barang tu sama gak dengan parcel biasa,takdak cepat pun.Kalau parcel biasa (jangan tulis kaca) harganya dalam RM8.50.Punyalah banyak beza. Itu saiz kotak air mineral yang besar tu,lebih kurang dalam gambar atas tu.

Dah tu...tak jadilah pos,sebab kotak dah tulis kaca. Penat aku membalutnya!
Bawak le pergi ke Skynet pulak,nun di Kampar., 23KM..timbang-timbang
RM 17.00.Adoii..camni,susahla nak pos barang .Tapi,beza banyak kan dengan kadar poslaju.Aikkk..camna nih,kurier lagi murah dari poslaju.
Pasni ada alasan la pulak kurier naikkan harga deme..alih-alih kita rakyat Malaysia ni kena bayar charge perkhidmatan yang tinggi la jawabnya kalau nak pos bungkusan.

Lagi satu..kadar baru pos malaysia ni terus mula dengan 2kg pertama,takdak dah sekilo pertama,terusss jadi RM7.Mokalau pos barang kecik,ringan-ringan pun,tetap kena RM7.Rugi-rugi.
Jadi...apa akak buat?Sayang pulak nak bayar mahal-mahal .Balik rumah,tempek tulisan kaca tu,pos parcel biasa..jimatt.Kena yakinla,sebab rasanya dah bungkus tiptop.

Harap-harap selamat.


Tag daripada Yatt

Terimakasih kepada Yatt teringat nak tag akak, Sibuk pun akak cuba la n3 jugak,orang memberi kita menerima.
Tapi..akak jawab stail akak lah ye.Yang sebenornya...akak ni minat kaler pink untuk pinggan mangkuk aje,terutama yang antik.Sebab tu lah,hampir semua koleksi kaler pink,udah nampak sepesen je...Mokalau dibagi kain baju kaler pink,mintak maap le,tak berapa minat,sikit-sikit je.
1) Link kepada orang yang bagi award ni.
http://yattbzgg.blogspot.com

2) Nyatakan sebab musabab anda minat kaler pink
Nampak sweet je..

3) Sejak bila suka dengan kaler pink?
Sejak mengumpul antik-7@8 tahun lepas.

4) Nyatakan 5 barang yang paling anda sayang yang kaler nya pink?
Ish..takkan 5 je kut,semua koleksi antik kaler pink kesayanganku.


5) Snap gambar anda dengan salah satu barang kaler pink
Tu..kat atas tu.Sweet roses...