Sabtu, 14 November 2009

Teko

Salam sejahtera kepada rakan-rakan yang sudi menatapi paparan koleksi di blog akak yang tak seberapa ni.Koleksi biasa-biasa aje,cukuplah sekadar untuk menghiburkan hati sendiri.Dari takde hobi,baiklah ada hobi,kalau tak asyik mebuta,membongkang,menaikkan berat badan je...khikhi..

Koleksi terbaru,teko lagi...tapi ni teko cedera.Tengok,dia punya pemegang di atas penutup tu dah takde.Oleh sebab dah berkenan (terkenan teko sebenarnya) akak rembat jugaklah.Macamana nak buat plastik surgeri,taktaulah.Besar ,bentuknya macam buah tembikai.


Ok,jumpa lagi.

Rabu, 11 November 2009

VC Roses

Salam sejahtera...demam VC Roses sedang melanda.Akak pun taknak ketinggalan.Tapi..perasan tak,sepesen je teko yang ditayangkan oleh rakan-rakan blogger.NI mesti mai dari toke yang samakan..
Tak banyak pun koleksi akak,seciput ni aje.Cawan gumuks dan piring oval tu datangnya dari kedai Cik Ajmah.Tapikan..akak seganla nak gunakan cawan tu sebab besar sangat.Nak penuhkan 6 cawan tu,mau dua teko air.Bila nak minum,sampai hidung pun masuk dalam cawan.Jadi,sekadar hiasan je lah.

Teko gebus ni pulak hasil barter dengan Eskay.Tak sangka,sampai ke Sarawak akak membarter.Gigih you..terima kasih kepada Eskay kerana sudi.

Jadi sekarang ni nak cari cawan mulut jahat dan piring leper pulak untuk melengkapkan koleksi ni.

Isnin, 9 November 2009

Peonies

Salam ceria.Masa pergi ML semalam,dapatla sebiji mug peonies.Apalagi,rembat je lah walaupun rasa macam mahal sikit berbanding kalau hunting di kedai apek


Tak banyak pun koleksi peonies yang akak ada.Piringnya banyak jugakla,tapi dah dihulur kepada Kak Nor.Cawan pula ada seketoi tu je,sedihnya...tapi cawan tu peninggalan opah suami.Usia cawan tu memang dah tua,bayangkan opah meninggal ketika usianya 90 tahun lebih,dah sepuluh tahun meninggal.Kalau dia beli cawan ni masa usia 50 tahun,bermakna dah 50 tahun usia cawan ni.Ishh..malam-malam dok kira usia orang meninggal...larikkk.

Selain mug peonies,ada juga mug burung.Rasa minat pulak tengok koleksi mug,pasni kumpul mug pulak la.Payahnya kalau ada banyak nafsu ni,semua minat.Layan je lah..

Ahad, 8 November 2009

Cawan Coklat

Salam ceria.Cawan coklat ni hasil hunting ke Memory Lane pagi tadi.Ini ialah kiriman daripada seorang rakan blogger.Sorry ye,cawan ada 6 tapi piringnya ada 5 je,menjanda la satu.Kalau dah kirim tu,insyaallah,kalau jumpa kita beli,kalau takde,nak buat camna kan..hajat hati pergi tu nak cari teko meakin gumuks,tapi takde pulak minggu ni.


Jadi..kepada tuan punya cawan ni,beginilah rupanya.Harap betul ye..dah beli,lega akak rasa.Lepas ni bolehlah akak n3 cawan sakura tu,hehe..

Sabtu, 7 November 2009

Set Cawan Daun Maple

Salam ceria.Asal nampak daun cabang tiga tu,semua akak kata daun maple,hehe..nasiblah.Ini hasil hunting minggu lepas,saja simpan untuk tayangan minggu ni.Kalau hari-hari nak n3 benda baru,alamat dua bulan lagi tutup la blog ni sebab takde benda nak buat tayangan perdana,hehe...

Sejak dua menjak ni,dah berubah angin nampak.Hasil hunting akak dah takde pinkish lagi.Dua minggu lepas kaler kelabu,yang ni pulak biru campur hijau.Sayangnya cuma ada 4 biji ni aje...jadilah,menambahkan lagi sesak almariku.Teko maple tu enterframe je..


Okey,selamat menjamu mata.

Pemegang Gelas

Salam ceria.Tayangan perdana kali ni saja nak kongsi pemegang gelas.Sebenarnya,inilah kali pertama akak tahu kewujudan benda ni,itupun secara kebetulan bertanya kepada nyonya kedai,apa benda yang bersusun di atas rak.


Ceritanya,biasanya orang dulu2 gelas pun digunakan untuk menghidangkan air panas.Jadi,susah nak pegang,dimasukkanlah gelas dalam sarung aluminium ni.Oh...cenggitu,kelakar pulak teringat masa kecik dulu.Kalau gelas panas,akak angkat pakai hujung baju,skirt..mana yang sempat la,haha..


Saiz pemegang ni sederhana je,jadi rasanya sesuai untuk gelas yang sederhana tinggi.Kalau gelas tinggu,buruks pulak kan...

Selasa, 3 November 2009

Almari 1968

Assalamualaikum.Teruja melihat koleksi almari Kak Ca -Memory ANtik,akak ni pun nak jugak tunjuk almari warisan keluarga sejak 1968 lagi.Sebenarnya,antara keseronokan mengumpul benda lama ni ialah story mory di sebalik kewujudan benda tu,asal usul,kegunaan dll.

Almari ni simple je designnya,dibeli oleh arwah bapa untuk kegunaan kakak sulung menyimpan buku.Alkisahnya,masa tu kakak tu nak periksa LCE (tingkatan 3),jadi banyaklah bukunya(entah baca,entah tidak).Bapa pun tempahlah almari ni.Harganya masa tu RM35,dikatakan kayu balau,ada ke kayu tu?Itu kakak yang no 2 yang story,gamak dikelentongnya awak,hehe..nasiblah.

Asalnya di rumah kampung di Kedah,comot,penuh contengan liquid paper.Dah ambik,akak gosok dengan kertas pasir,sapu minyak jati...nampaklah rupa almari.tapi ira kayu tetap tak nampak.Bila orang Kedah datang,nyesal depa tengok almari terbuang dah di make-over,berkenan pulak.Almari ni ringan sangat,tak berani jugak nak letak koleksi yang berharga.Buatnya runtuh,runtuh lagi hatiku kerana kehilangan koleksi di dalamnya.