Sabtu, 11 Mei 2013

Bandung Part 3-Pisang Goreng Cheese

Salam ceria.
Inilah rupa pisang goreng cheese...mewah dengan cheese.Sebelum ke Bandung,kami google dulu maklumat kat mana ada makan2 yg spesel.Info yang kami dapat ialah pisang goreng cheese ,bersebelahan dengan FO Grande.FO Grande ni tak pergi pun takpa..bukan ada yang spesel pun..jadi kami lepak2 makan di luarnya.

 Beginilah rupa pisng goreng cheese..walaupun namanya pisang goreng,tapi lebih kepada pisang bersira.Atasnya mewah dengan cheese.harganya sekitar RM5++ duit Malaysia.
 Malas nak singgah makan merata tempat dek jalanrayanya yang macet,kami terus makan Nasi Timbel.Tapi tak terhabis sebab nasi ni kering jer,takde kuah,bila minta sup bakso...takde la pulak hari ni bakso..huhu

Keseluruhan untuk Nasi Timbel,strabery milkshake dan pisang goreng cheese..harganya tak sampai RM20.Di Bandung ni boleh dikatakan mewah dengan cheese.Satu lagi makanan bercheese yang saya cuba ialah Surabi iaitu lempeng pisang bercheese ketika singgah makan di Kg.Daun.Ramai yang kata sedap tapi setelah kami berempat mencubanya...uhhh..tak sesuai dengan tekak.
Ringkasnya,selera manusia tak sama,sedap di mulut si A belum tentu sesuai dengan tekak si B.Terlanjur datang,tak salah mencuba..:)
TATA...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan