Sabtu, 31 Ogos 2013

Merdeka Raya

31 Ogos 2013
Tempat : Tabika KEMAS, Jlan Damai,Tapah,Perak

Hari ni buat pertama kalinya Muhammad Adib meraikan sambutan merdeka..meskipun dalam kelompok kecil,tapi inilah titik permulaan untuk Adib dan rakan2nya menyemai semangat patriotisme.Tarharu sebenarnya melihat anak2 kecil ini menyanyikan lagu patriotik,mengibarkan Jalur Gemilang dan melafazkan ikrar Rukunegara.
Jauh di sudut hati -semoga anak ibu menjadi anak yang soleh,menyumbang manfaat untuk bangsa dan negara.
Jauh di sudut hati - semoga anak2 kecil pewaris negara ini dapat terus memastikan Malaysiaku tercinta selamat,aman dan bangsaku Melayu bukan bangsa yang terpinggir di bumi sendiri.Janganlah disaat aku seorang wanita tua kelak,negara kacau bilau,bangsaku bukan tuan di negara sendiri,sentiasa berada dalam ketakutan..terbayang apa yang berlaku di Mesir sana..oh..tidakkkk.
Maka berkata aku pada diri sendiri,ketepikan sentimen politik murahan,jiwa kacau yang sentiasa /tidak pernah puas..jauh untuk bersyukur dengan apa yang ada...
Sejujurnya,anak sekecil ini,jiwanya bersih,jangan diracuni mereka dengan perasaan benci...
Bagus usaha tabika KEMAS ni..kalau tak kita Melayu cintakan negara kita,siapa lagi...sebab Malaysiaku Berdaulat,Tanah Tumpahnya Darahku..oranglen ada buat gini???