Jumaat, 10 Mei 2013

Bandung Part 2

Salam ceria
Hari kedua di Bandung,perjalanan yang disusun ialah ke Tangkuban Parahu.Seawal jam 8.30 pagi,Bandung sudah jam.Meter kenderaan boleh bergerak sekitar 40 sahaja....boringnyaaaa.
Perjalanan tidak lancar,jalan pun tak berapa elok...sinilah lecehnya Bandung ni.Kereta-kereta cantik banyak menjalar di jalanrayanya,tapi kualiti jalanrayanya agak menyedihkan.Hampir sampai ke destinasi pun,jalan berlopak-lopak.
Kami sampai ketika cuaca agak panas...lingkungan pukul 10 pagi.Turun saja kereta,dah mula diekori oleh penjual2 jalanan yang mengekori kita dalam jarak sangat rapat.Benar-benar tidak selesa.Memang potong stim sungguh..walaupun kita buat tak layan tetap diekorinya ..mak rimas nok!Pemandangan di sini,oklah...pemandangan yang tak nampak di negara kita.TAPI..kalau diajak pergi untuk kali kedua,jawapannya..CUKUPLAH SEKALI  :)nak menghayati pemandangan,nak bergambar pun tak selesa dek gangguan penjual2 tadi yang sibuk mempromosi barangan mereka.
OK..layan pikas..

Pemandangan kawah dari jauh...kuat jugak bau belerang
Pemandangan dari atas,deretan kedai-kedai kecil menjual pelbagai cenderahati.Dari sini,kita berjalan la sampai nun di hujung.
Kami singgah di kedai menjual baeg tangan..katanya dari kulit ular sawa..yeke????Berapa ekoq ulaq kena bunuh daa..:)Tapi ada jugak yang cantik dan berkualiti,Harga leh tahan mahal.Malas nak beli yang mahal,kang terbabas duit rupiah.Sambar gak lah satu dua..biar menyesal beli dari menyesal tak beli,ingat senang nak kerabat pi Tangkuban Parahu tu...hehe.NI lah beg yang dibeli..bawak ke sekolah,anak murid tegur,aMBOI lawa beg cikgu..warna warni..ada aku kesah ???kalau namanya pelajar lelaki,mesti cara mengusik cikgu macam tu..hehe


Yana sempat posing di antara deretan kedai...paece yoo..ni rakan sekerja,kira adik-adiklah jugak..
Yang bawah ni antara cenderahati yang dibuat dari pasir gunung berapi..hantam la labu..udah dikatanya gitu,awak ikut jelah.Pelbagai bentuk jam dan sebagainya bertemakan Hard Rock.Harga diberi sekitar RM120 duit kita,belum tawar gila2 lagi.Nak menawarpun tak selesa sebab penjual jalanan masih mengikut,siap nak tolong convert ke RM lagi.Tapi setelah dibandingkan dengan tempat lain,rasanya di sini harga jam Hard Rock ni lagi murah.Adik2 berkenan...rugi pulak tak menawar sungguh2.
Dan akhirnya..acara wajib..bergambar kat sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan