Isnin, 28 Februari 2011

Hunting Loken

SALAM CERIA
Sekadar berkongsi hasil hunting di LOKEN/Memory Lane semalam.tak banyak barang semalam.Kadang2 risau gak nak promote member jauh datang sini,sebab bukan selalu banyak pml.Okey,apa akak dapat semalam.Piring sos yang sangat cantik warna bunganya.tak perasan pun yang bunga kangkung besarnya takde,hanya kudupan bunga kecil saja.Wah..bestnya,patutlah nampak lain macam sikit dan terbuka hati nak membeli.sedangkan sebelum ni selalu jumpa mangkuk kecil ni,tapi tak pernah pun beli.

Ini pulak corak pada tepi mangkuk kangkung 4 season,besar...saiz 10inci.

Mangkuk saiz 10 inci ni jarang didapati,jadi kalau jumpa tu rembat ajelah,bukan senang nak dapat ni...bentuk mangkuk ni pun cantik,berlekuk-lekuk.

Dan..yang paling kelakar,akak beli benda ini,basikal yg dibuat dripada rotan.Akak ni suka benda yang nampak unik/pelik2 sikit.Tangok2 je terus jatuh cinta.Tapi...dah beli,rasa malu pulak nak angkat .Nasib baik uncle India yg jual tu sporting,dia suruh kawannya angkat sampai melewati tempat parking.Dah clear sikit,orang tak ramai,baru akak bawak sendiri,hihi....tapi aku jalan strait je,tak toleh kiri kanan dah...nasib baik tak jumpa kawan2.

Cadang2 tu nak mendekolah,belakang letak PML,hias bunga sikit2.Depan letak bunga2...tapi apakah fantasi akan menjadi realiti.Entahlah..yg pasti sejak petang sampai rumah membawa ke malam,entah berapa kali disorong oleh si adib pusing2 dalam rumah.Kata suami akak..esok robohlah basikal ibu ni..hehehe,esok mokalau disorong lagi,siaplah kau mat adib.Ibu cubit2 tau!!!

Khamis, 24 Februari 2011

Beralih Arah

Buat RIzal,yang teringin sangat nak tengok...tengokle...hihihi..Membeli pandai dek oii,nak menyusun aturnya.....kategori makcik pemulihan!!



Dah beli,tak pandai pulak nak menghiasnya.:)

Selasa, 22 Februari 2011

Cawan Ros Jepun

Salam ceria
Sekadar berkongsi cawan ros jepun yang sangat menyerlah kecantikannya.Kalau sesiapa ada teko,caling2 ye..sebab cawan ni masih belum berteman.Sekadar teman tapi mesra tu adalah,tapi belum sampai tahap comolot ye..:)
Maknanya...ada teko akak yang serupa tonasi warna dengan cawan ni,tapi susunan bunganya,lenturan tangkainya,lain.Hish...cerewet jugak makcik2 PML ni ye..hihihi..


Rupa teko yang sepadan dengan cawan ini,perhatikan dalam gambar di bawah,atas sebelah kiri.Siapa punya ni???Siapa lagi,mestilah si ratu antik Yatt .Pinjam gambar ye Yatt...


Okey..layanzzz.

Ahad, 20 Februari 2011

Teko sweet ros

Salam ceria ,pastinya kegembiraan berganda kepada rakan2 yang mendapat hasil buruan lumayan hari ni.Akak dok rumah je.....hunting online.Tapiiii.....RM keluar berdesup juga waima hujung bulan.Apa nak dikata.

Sekadar mengemaskini catatan blog,inilah hasil hunting sebulan lepas.Cantik sangat bentuk teko ni,sayangnya OKU.


Perasan tak,tangkainya retak..sayangkan..

Creamer yang tip top...

Okey..layanzzz

Sabtu, 19 Februari 2011

GA Pastime

Salam ceria.Jom kita join GA Nita-Pastime
Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut :
1. Jadi follower blog Nita
2. Link kan blog Nita dlm blog list anda
3. Buat N3 GA ni dalam blog anda
4. Sejak bila mula minat PML ( pinggan mangkuk lama )?
Lama dah..dalam 5-6 tahun lepas.Berhenti jap,aktif balik dalam 2 tahun ni.
5. Apakah koleksi PML anda yang pertama?
Rasanya teko aladin sakura.
6. Pada pendapat anda, antara koleksi berikut, yang mana paling banyak peminat;
a) Koleksi Bunga Kangkung
b) Koleksi Twin Rose
c) Koleksi 5 roses
d) Koleksi Hitam ( Bunga Rose jambatan, bunga padi, ros hitam dan kekwa hitam )
e) Koleksi Kek wa merah
Mestilah kangkung-evergreen.

Tarikh tutup GA ini ialah pada 22/2/2011. Sila email pada pasttimes74@yahoo.com untuk maklumkan nama penuh, alamat dan contact no. Hadiah nya seperti berikut :




Jumaat, 18 Februari 2011

Birthday Putera Mama

Salam ceria.
Sekadar mengabadikan gambar kenangan,sambutan hari lahir putera mama :MUhammad Adib Umar Bin Rahim.Tanggal 12 Februari ,genap 3 tahun usia putera mama.Cuma,kesibukan kerja dan angin malas yang melanda,takdak mood nak upload gambar.

Sambutan ke?Takdelah..sekadar sebiji kek saja,makan seisi keluarga.Hadiahnya?Hehe..sebiji helikopter mainan,tiap2 hari terbang dalam rumah.Sapa yang main?Abahnya yang lebih...maklum kecik2 dulu tak merasa.Dah tua2 ni,buatlah alasan beli utk anak,tengok2 sendiri yg lebehhh :)
Tau beli kat mana heli tu?Beli di Loken,apa yang takdak di Loken tu,macam2 ada.Murah 30-40 bnding harga di pusat beli belah,sejibik!
Jadi..kalau teman2 heran,apsal cik abg rajin bawak akak ke Loken,itulah jawapannya.Walaupun dia tak minat antik,sebenarnya dia tertarik dengan pelbagai mainan yang dijual di Loken dengan harga berpatutan.

Okey...sambung story pasal putera mama.Inilah penghibur kami sekeluarga.Kalau takde dia,entahla,mesti rumah kami ni senyap sunyi,masing2 buat hal sendiri.Alhamdulillah,Allah kurniakan penghibur hati.
Melahirkan Muhd Adib pada usia 39 tahun,hai...memang serik!!Bagaikan bertunggu tangga di hospital dan Poliklinik Tapah.Alhamdulillah,lahirnya sihat walafiat walaupun melalui pembedahan kecemasan.

Sebiji kek chocolate moist..:) ibu yang lebihnya nak makan.Tertoggok sebiji kereta sebab Adib suka main kereta.

Mudah-mudahan putera mama menjadi anak yang soleh,bermanfaat kepada agama,bangsa dan negara.
Biar buruk rupa,jangan buruk akhlak,biar miskin harta,jangan miskin jiwa.

Selasa, 15 Februari 2011

Wildrose

Salam maulidur rasul..sempena kelahiran junjungan besar kita nabi Muhammad SAW.Sebenarnya,bulan Riaulawal bukan setakat bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW,bahkan banyak peristiwa penting berlaku dalan bulan ini.

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.

Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.Untuk info selanjutnya boleh baca disini.

Okey...koleksi bunga akak berterusan,kali ini akak kongsi teko wildrose yang sangat cantik.Teko ni dibeli daripada Nita-Pastime.Terima kasih Nita.Teko ni special sebab tutupnya ada bunga.Susah dapat spesis ada bunga pada penutup ni.



Jumaat, 11 Februari 2011

GA Kelly

Meriahkan Ga Kelly
Syarat2nya ialah :

Follow Kelly's Life ( http://mrskellywalther6969.blogspot.com/ ) &
Pink Shopaholic World ( http://pinkshopaholicworld.blogspot.com/ )
mesti follow dua2 blog ya:)
Open to followers with Malaysia address only ( delivery purpose )
Write N3 about this GA in your blog & link too




Hadiah menarik menanti anda..

Khamis, 10 Februari 2011

Terima Kasih Aida

Salam ceria..selamat malam.
Petang tadi hadiah GA Aida dari blog AL-Kisah dah selamat diterima.Terlebih dulu,nak ucapkan terima kasih pada Aida kerana bersusah payah menganjurkan GA ni.Sediakan hadiah yang lumayan lagi,membalut,proses mengepos dan sebagainya,pastinya penat kan...Mudah-mudahan rezeki yang dikongsi bersama teman-teman ni diberkatiNya,lebih murah lagi rezeki Aida ,amin...


Pertama kali menang GA,apa nak dikata,ketawa mengekek je lah,suka-suka je,tapi dapat hadiah uuuu,khekhekhe...cantikkan.Comel je teko tu sebenarnya.
Lastly...tahniah buat Rohas yang mendapat hadiah yang sangat lumayan,murah betul rezeki Rohas ni.Rasanya selalu dia menang GA.
Ok...pasni kita meriahkan pulak GA rakan2 lain.Sendiri punya bila pulak?Khekhe...tak cukup rajin lagi .Insyaallah...

Jumaat, 4 Februari 2011

Gelas Lama

Salam ceria.
Sekadar berkongsi,koleksi terbaru akak iaitu gelas oren keemasan.Walaupun sebelum ni langsung tak minat kumpul gelas,tapi,akak tewas dengan gelas oren ni,sekali pandang terus jatuh chenta. Anak pun puji kata cantik,tak penah2 depa puji koleksi ibu,ibu pun apalagi..kembang bermangkuk-mangkuk :)


Pandang gelas ni,terus teringat bekas kuih kepunyaan Ezani.Sama kan...


Kalau mengikut maklumat yang diberikan oleh Taj,yang pakar tentang info2 barangan lama ni :set kaca ni amat fames pada penghujung tahun 60an sehingga awal 70an....set ni amat nipis kaca nya dan menyebab kan ia amat rapuh jadi x lama d pasaran kerana pembeli mula beralih kepada set dari amerika buatan kaca dengan hiasan potongan permata.......
Bermakna set kaca oren ni sudah lama le kan..perhatikan motif dedaun yang terdapat pada gelas oren keemasan ni,memang cantik.

Bagaimanapun,gelas ni tidaklah nipis sepertimana gelas2 lama lain.Tebal macam gelas biasa,kata orang "tak seriau" nak letak di mulut.Sesuai digunakan :)

Okey..layan pikas,bye2...

Rabu, 2 Februari 2011

Two Roses

Salam ceria.Selamat bercuti sempena CNY.Nak jalan2 pun,malas,sebab keta banyak.Jadi...bermalas-malas saja di rumah.
Okey,nak kongsi hasil hunting akak semalam.Seciput je..sekadar dua pasang cawan two roses.Ingatkan malas nak mengumpul cawan2 lagi,tapi,alergic la tengok kaler pink.Alih-alih...beli jugak,hehe

Sampai masa sessi pengambaran,ada pulak yg sibuk nak enterframe.Yang bestnya,lepas selesai ambik gambar cawan2 ni,si kecik ni pun sibuk tolong susun cawan2 ni dalam almari.nasiblah..celik2 mata dari kecik,dah biasa sangat dia menengok PML,dan gelagat ibunya yang suka mengambil gambar PML ni.




Ada rezeki ke nak dapat teko untuk cawan2 ni...tunggu dan lihat.

Selasa, 1 Februari 2011

GA Aida

Salam kengkawan,jom kita join GA Aida.Meriahkan semula blog PML yang agak "kesunyian" sejak dua menjak ni.

Syarat-syaratnya:
1)Mestilah jadi follower Aida dulu ye ( Adil buat yang sediaada ).
(2) Entri GA ini dan linkkan blog anda.
(3) Tinggalkan jejak di Post A comment.
(4) Terbuka kepada kengkawan beralamat di Malaysia sahaja ye

TQ Aida...

Hadiah-hadiahnya: