Khamis, 25 November 2010

Japan Roses




Salam ceria.Happynya...cuti sekolah.Tapi,penat jugak jadi surirumah sepenuh masa ni.Hero kesayangan ni pandai,kalau kat rumah orang jaga,perangai gred A,tapi kalau duduk dengan ibu sendiri,huh..gred entah apa-apa.Rumah berselerak,kemas seminit dua,selerak balik....tension gaklah.

Jadi nak menghibur hati,sajalah nakkongsi hasil hunting di Memory lane dua minggu lepas,iaitu teko mini Japan Roses.Mula-mula dapat teko dari Angah,lama dah,tut-tut tengok ada lagi kecik.Memang comel...

Okey,takleh celoteh panjang,entah apa dikerjakan anakku dalam bilik air tu..chowwww.

Ahad, 14 November 2010

5 Roses MJ

Assalamualaikum dan selamat berhari minggu.Macamana hasil hunting minggu ni,lumayan?? Akak hari ni duduk di rumah saja,melayan perut dan tekak,apalagi..masak memasaklah.
Okey nak kongsi cawan 5 roses MJ yang baru bertandang di teratak hamba,dah dua minggu rasanya menginap dalam almari antikkku...

Terimakasih tak terhingga buat rakan di sana...di sana...yang sudi membelikan set ni,bersusah payah membalut dan mengeposnya.

Bila difikirkan balik,betapa magiknya kenalan alam maya ni,sekadar kenal gitu-gitu,ber sms,bertanya khabar di chat box....tapi kerana hobi satu ini menjadikan kita semua rakan-rakan yang mesra alam.Ada masa berjual beli,ada ketika tolong membeli,ada hari menabur budi,esok-esok kita pula mendapat rezeki.Itu yang saya rasakan sejak berurusan dengan rakan-rakan siber ni.Sebab itulah,kekadang asyik membelek koleksi,menghitung...pinggan ni dari A,teko ni dari B,tureen ni dari C....sama ada barter ataupun pemberian ikhlas,semuanya cukup bermakna.







Itu cerita yang manis-manis lah,yang kelat,yang kekwat,apa kurangnya kan...
Tapi,berbalik pada nawaitu kita ,sekadar menghibur diri sendiri,apa dilayan benda-benda yang menyesak kepala otak....,abaikan..abaikan..Be happy,kut-kut boleh awet muda,khekhe...
Okey..selamat menghayati kecantikkan 5roses ni yang sangat menyerlah.
Bye..

Rabu, 10 November 2010

Hunting Loken-Sweet Roses2

Assalamualaikum. Aku yang masih setia di sini.Tengok blog lain,ala-ala sepi je,masing-masing layan facebook.Tak kisahlah,di sini bermula,di sini ku teruskan jua.Sedihlah pulak..khikhi..

Ahad lepas ke Loken lagi,terget nak mencari set pemandangan ala-ala Jepun,alih-alih akak terlentok,terkulai manja dek penangan ros dua kuntum ni.Harga pulak berbaloi-baloi.Walaupun cuma ada 5 cawan dan 6 piring,tak kisahlah..kalau nak guna pun,bukannya selalu tetamu datang 6 orang,ye tak...hehe..selebihnya buat santapan mata je.




Cawan shape berbiku-biku,serupa macam cawan bunga lalang yang barter dengan Yatt dulu.



Jalan-jalan kat loken,terjumpalah gravy boat mekin Rosa,akak tak kolek set-set mahal tu.Akak ni kan collector budget,huhu..jadi akak tolong rembatkan buat seorang rakan yang telah "berpaling tadah" ke blog masak-masak.Tak kisahlah,janji akak pun "menadah"tangan andainya cik kak tu dah takmau teko-teko batu dia tu,khekhekhe...Rasanya murah bebenor si Rosa tu,RM25 je.Sapa-sapa nak menborong cik Rosa,datanglah Loken,banyak piring,pinggan,tapi harga tak pastilah.Tureen dan teko Dumex pun ada minggu lepas.Amboi..promote Loken pulak,macamlah aku dapt komisyen.

Okey..layan pikas.

Ahad, 7 November 2010

Mrs Pot Jambatan Bosi

TEKO SAHAJA
SOLD
Berminat : SMS 019 4434109
Cantik,belum digunakan.


Rabu, 3 November 2010

Kangkung

Assalamualaikum,saja nak kongsi koleksi kangkung yang biasa-biasa saja.Yang bertambah pun cuma teko kangkung tangkai segi hasil barter dengan kak Tun Loken.

Hehe..kelakar pulak ingat,saja singgah2 tengok barang jualan Kak Tun,alih-alih jadi sesi berbarter pulak.Apapun,suka sangat,sebab bertambah lagi koleksi teko kangkung.Harap-harap lepas ni akan dapat bentuk lain pulak.








Okey..layan pikas.