Selasa, 27 Julai 2010

Wajah Kesayangan Hamba

Salam ceria...hari ni nak kongsi salah satu koleksi yang cukup menggoda - 5 roses. Yatt penah buat n3 dengan tajuk ni,jadi akak ciplak je lah ye...tapi,koleksi akak ni tidaklah setanding dengan koleksi Yatt.Teko Yatt ada lapan kalau tak silap,awak ni ada 4 ketoi je,hehehe.

Kalau tengok koleksi member2 antik lain,rupanya ada pelbagai bentuk teko 5 roses ni.Semuanya alahai..menggoda!!Kalau bunga lain,rasanya boleh stop kolek,tapi 5 roses ni...selagi jumpa,rasanya nak rembat.Tapi,tepuk poket lah dulu,hehe...Okey...selamat menjamu mata.










Selasa, 20 Julai 2010

Aladin Twin Roses

Assalamulaikum...lori bunga terbalik di Gopeng,jangan taktau Ezani dah jadi "mat bunga".Kita ni punyalah payah nak jumpa teko aladin twin roses,tau2 dia ada berbelas biji.Sabaqqqq je lah...akak pun tumpang dua kaki membelinya,tu...dua biji lagi.kalau yang tertinggal "lori bunga" tu,jangan merah akak ye,sebab beli lebih,hehehe..

Tapi,rasanya tak lama kembar seiras ni di rumah akak,pinangan bertalu-talu ,kepada cik adik sorang tu,malam ni akak bagi tau keputusan ye,nak pisahkan tak si kembar ni.





okey,selamat mencuci mata ye..bye.

Ahad, 18 Julai 2010

Pink Yellow Roses

Salam hari minggu,wah..nampaknya ada yang mendapat harta karun bernilai hari ni.Agaknya,berapa nilai pelaburan/saham yang dimasukkan dalam akaun antik?Hehe..akak tak hunting manapun,penat Hari Anugerah pada Sabtu,so..Ahad duduk rumahlah.Lepas geram asik makan kedai,ha..hari ni masak 5 jenis lauk.Tapi,malulah nak tunjuk,bukan pandai masak pun,ala-ala anak dara tunggu SPM je...

Okey..nak kongsi set yellow pink roses akak yang semakin membiak.Dulu ada ini aje..

Mangkuk basuh tangan ni sayanggg sangat.Susah nak dapat ni,beli dulu di Memory Lane.Masa tu Ezani dengan kak Saidah belum "bermaharajalela" di Memory Lane,sempat lagilah kat akak yang datang lambat ni.Sekarang ni...depa lagi awal,mesti semua dah ada cop jari depa,hehehe..



Inilah keluarga baru yellow pink,satu teko bulat dan 6 pasang cawan mulut lebar..selebar senyuman akak.Idaman kalbu dah berada di depan mata.Inilah hasil barter dengan cawan 5roses tempohari.Kerana si yellow pink ni akak sanggup lepaskan 5 roses.Betapa gumbiranya akak,hanya "rakan sebarter" ni je yang tau.Nak mesyuarat pun tak senang sebab dok teringat bungkusan yang berada di pejabat sekolah.


Okey,layan...bye2.

Jumaat, 16 Julai 2010

Extra set-Piring kekwa pink

Extra set untuk dilepaskan.Berminat sms je ye...

SOLD
Piring kekwa pink,baru,rim berkilat-kilat.Cantik sangat.Ada extra 3 biji sahaja.Saiz 7 inci.Sebiji

SOLD
Mangkuk bubur big roses.Ada 3biji.

Selasa, 13 Julai 2010

Cinta tak Semestinya Bersama


Amboi..amboi,tajuk n3,ala-ala telenovela pulak,kekhekhe..sejak asik bertenet ni,mana ada masa nak layan telivisyen.Jangan tanya cerita apa,tak tau apa kebenda.Tambah-tambah sejak CSI Miami dah habis kat Astro,lagilah tak hadap tv,ish..rindu pulak kat Horatio Caine.Tak hensem,tapi...malas cakaplah,kang dikata tak sedar diri pulak,hahaha...

Apa story dengan cik 5 roses di atas tu.Kalau nak tau,akak dah "lepaskan" set cawan kuat menyiku tu.Walaupun sayanggg,akak buat hati kering,akak offer cawan tu untuk barter dengan seseorang.Kebetulan,akak ada lagi 6set cawan 5 roses jenis bulat biasa.

Sayang tu sayang...tapi dek kekangan ruang menyimpan dan nak jimat budget,akak letgo aje.Sejak dua menjak ni,macam kedekut sikit nak keluar pitih soping antik2 ni.Itu cakap hari inilah,cakap esok lain pulak nahunya,hehehe..

Caranya mudah..mana ada dua set,barter je.Mudah cakap,nak barang A,ngko kena lepaskan barang B.Kalau tak,sumbat lagilah bawah katil,hehehe..

Jadi sekarang..tengok gambar jelah kalau rindu kat set di atas tu...Mesti ada yang tanya,set apa lagi extra,nak barter???Adalah...rahsia!Hehehe...

Isnin, 12 Julai 2010

Angkara anak kesayangan

Salam ceria.Semalam baca blog Azlina pasal lappy turun temurun yang menjadi mainan anak-anaknya.Kiranya berbaloilah beli,dah sampai 4 orang anak menggunakannya,masih okey..

Cerita akak pulak berbeza,lappy akak lagi mahal,tapi baru setahun lebih sikit pakai,inilah rupanya.Angkara anak kesayangan...

Alkisahnya,suami akak pergi kursus 3 hari di Ipoh,jadi semuanya hempuk atas batu jemala patik!Boring,tension dek kepenatan balik kerja,kerenah Mat Adib ni pulak yang macam-macam ada,akak pun ambik keputusan nak lena.

Akak pun lena dengan nyenyakknya.Tau-tau apa jadi?Diambiknya lappy akak dan dicabut huruf2,habis togel.Mula-mula tengok,nak tergelak pun ada,nak marah pun ye...tapi benda dah jadi.

Jadi sekarang kenalah pasang keyboard luar utk menaip.Makin hari makin togel,tinggal baris atas dengan kanan je,yang lain dah jadi arwah.Susah jugak nak cari sparepart keyboard ori,harga pun menjangkau rm200.Itu kata kedai pc di Ipoh la.

Sabar je lah dengan si kecik ni.Tengok tu,konon-konon buat peace bila tahu gambarnya diambil.

Sabtu, 10 Julai 2010

Yang kuning-kuning saja

Assalamualaikum dan selamat berhari minggu.Sambung cerita hasil hunting di Kedah tempohari...cik labu kuning ,debab-debab..Sapa teringin nak meminang si debab ni,caling2 akak ye..


Cuba tengok almari kat bawah ni..minggu lepas akak beli,masa bawak balik,belemoih kata orang utara,Maknanya..kotor,comot.Saja akak angkut bawak balik dari kedai perabot second hand sebab harganya RM30 je.Sekali lagi,sumbat je naik belakang Avanza.

Sampai je rumah,bulat mata cik abang kita..ni bukan almari antik,ni almari buruk katanya,khekhekhe...
Bukan apa,saja seronok-seronok.Cadang tu nak gosok,cat semula,saja..mengisi masa lapang hari minggu.Alih-alih,malas le pulak(sebenarnya..memang malaspun).Pendekkan cerita,akak ambik cat spray,apalagi...aku goyang ikut sedap tangan je lah..

Hasilnya..tengoklah,buruk bebenor,sampai cik somi tak bagi bawa masuk rumah..Tapi dah akak buat muka kelat,dia tolong jugakle mengangkatnya. ..Bila dah ambik gambar baru perasan cat tu tak rata.Biarlah..gamak tak tahan menengok nya esok-esok,cat semula.Mengisi masa lapang le katakan,hehehehe.Konon....




Ada satu petang tu,akak pun storylah pada suami pasal kononny barang lama ada penunggu,kena basuh pinggan magkuk lama dengan asam,macam yang kak Nor n3 hari tu,oh...apalagi, dapat lesenlah dia nak kutuk hobi akak ni.Ayatnya:
"Hah...pergilah lagi cari angkut bawak balik semua teko,almari buruk,bagi bertapa hantu setan dalam rumah ni!!!
Amboi..amboi..amboi..mulott,macamlah bini dia nak dengar,khekhe..kalau dengar takdelah rumah dah macam muzium pinggan mangkuk.Buat-buat tak dengar udahle,yang pasti barang antik baru tetap masyukkk,kan....lagi satu,sebulan sekali tetap tawaf Memory Lane.Sapa yang bawak,abangggg jugak!
Okey...bye-bye.

Danisha Giveaway


Syarat-syaratnya :-


1) Mesti menjadi follower danisha http://danisyakiffli.blogspot.com/

2) Linkkan blog sya http://danisyakiffli.blogspot.com dalam blog list masing-masing

3) Buat satu entry tentang giveaway ini dan masukkan link blog sya dalam entry tersebut (http://danisyakiffli.blogspot.com/)

4) Create satu ucapan untuk my anniversary dalam n3 masing-masing -
Buat Sya akak ucapkan Semoga mahligai yang dibina sentiasa dirahmati Allah SWT,dimurahkan rezeki dan beroleh anak yang solehah.Aminnn..


5) Jangan lupa tinggalkan "comment" dalam entry ni dan juga link yer..senang sya nak jejak..comment di shoutbox tidak diambil kira yer..

6) Tarikh mula penyertaan dari 6 Julai 2010 sehingga 31 Julai 2010..

7) Penyertaan GA ini hanya untuk blogger di Malaysia sahaja..


Khamis, 8 Julai 2010

Award lagi

Terimakasih kepada sya-danisha Cottage dan nannie - My Passion atas ingatan pemberian award ni.Akak ambik je ye..sibuklah sekarang ni.Maaf banyak2,tak dapat nak menjawab coklan cepumas yg diberi.jangan maree...Maklum dah dekat musim peperiksaan,nak Hari Anugerah,Minggu Ko-Kurikulum,kempen Membaca bla..bla..bla...


Isnin, 5 Julai 2010

Hunting Kedah-Part 2

Salam ceria.Tak habih lagi tayang hasil hunting semasa balik ke Kedah cuti sekolah lepas,so...kita sambung.Ala,takdak le spesel,rakan-rakan lain dah ada pun.CUma,sebab dapat hasil hunting sendiri tu,rasa syiok tu lebihla sikit.



Tengok tu,bunganya,menyerlah giteww...terlentuk manja lagi.Bunga 5roses ni walaupun nampak sama,tapi kalernya berbeza-beza walaupun cawan yang datang dari satu kotak yg sama.

Pinggan makan ada 5 biji,tapi semua sopek sikit kat tepinya.Dapatpun free semasa beli almari antik hari tu,sekadar hiasan je lah.Okey...bye2.

Jumaat, 2 Julai 2010

Parcel Pos Malaysia - Mahalnya!


Assalamualaikum
Adoila....bengang akak hari ni,pergi nak pos barang macam biasa di Pos Malaysia Tapah,alih-alih deme taknak terima parcel biasa kalau tulis kaca.Katanya dasar baru,betoiii ke,macam tu jugak ke di tempat lain?

Katanya lagi...kalu tulis kaca,kena pakai pos laju.Akak pun suruh la timbang,makoiii...nak terlompat..RM37.00.Sampainya barang tu sama gak dengan parcel biasa,takdak cepat pun.Kalau parcel biasa (jangan tulis kaca) harganya dalam RM8.50.Punyalah banyak beza. Itu saiz kotak air mineral yang besar tu,lebih kurang dalam gambar atas tu.

Dah tu...tak jadilah pos,sebab kotak dah tulis kaca. Penat aku membalutnya!
Bawak le pergi ke Skynet pulak,nun di Kampar., 23KM..timbang-timbang
RM 17.00.Adoii..camni,susahla nak pos barang .Tapi,beza banyak kan dengan kadar poslaju.Aikkk..camna nih,kurier lagi murah dari poslaju.
Pasni ada alasan la pulak kurier naikkan harga deme..alih-alih kita rakyat Malaysia ni kena bayar charge perkhidmatan yang tinggi la jawabnya kalau nak pos bungkusan.

Lagi satu..kadar baru pos malaysia ni terus mula dengan 2kg pertama,takdak dah sekilo pertama,terusss jadi RM7.Mokalau pos barang kecik,ringan-ringan pun,tetap kena RM7.Rugi-rugi.
Jadi...apa akak buat?Sayang pulak nak bayar mahal-mahal .Balik rumah,tempek tulisan kaca tu,pos parcel biasa..jimatt.Kena yakinla,sebab rasanya dah bungkus tiptop.

Harap-harap selamat.


Tag daripada Yatt

Terimakasih kepada Yatt teringat nak tag akak, Sibuk pun akak cuba la n3 jugak,orang memberi kita menerima.
Tapi..akak jawab stail akak lah ye.Yang sebenornya...akak ni minat kaler pink untuk pinggan mangkuk aje,terutama yang antik.Sebab tu lah,hampir semua koleksi kaler pink,udah nampak sepesen je...Mokalau dibagi kain baju kaler pink,mintak maap le,tak berapa minat,sikit-sikit je.
1) Link kepada orang yang bagi award ni.
http://yattbzgg.blogspot.com

2) Nyatakan sebab musabab anda minat kaler pink
Nampak sweet je..

3) Sejak bila suka dengan kaler pink?
Sejak mengumpul antik-7@8 tahun lepas.

4) Nyatakan 5 barang yang paling anda sayang yang kaler nya pink?
Ish..takkan 5 je kut,semua koleksi antik kaler pink kesayanganku.


5) Snap gambar anda dengan salah satu barang kaler pink
Tu..kat atas tu.Sweet roses...