Ahad, 28 Februari 2010

Biarkan Lalang Tumbuh Lagi

Salam hari minggu.Wah...dasyat hunting nampaknya rakan-rakan antik semua.Kata dah insaf,nak kurangkan hunting,khekhe...tapi...tengok tu,penuh bonet keta.Layan jelah hobi kita ni,selagi ada barang dijual,esok-esok stor apek dah kosong,ramai-ramai kita berhenti.

Ini pulak hasil hunting online,senang..Piring cawan dari kedai Wan Penang,piring kuih 7inci tu pemberian Kak Saidah masa barter dengan dia dulu.Cawan janda plak hasil barter dengan Yatt,lamaaaa dulu.cantik cawannya sebab berlekuk-lekuk macam dagu Siti Nurhaliza,hahaha..

Ini yang paling akak suka,sugar dan creamer daripada Mrs.Nor.Kalau hunting sendiri nak jumpa dua benda ni,tunggu patah kaki kut baru jumpa.Entah pasaipa,sepanjang mengumpul barang lama ni,akak jarang berjumpa bekas sugar dan creamer .Sebab tu lah semua koleksi akak takdak dua benda ni.Satu tu,tutupnya cacat sikit,takpalah..akak rembat jugak.

Makanya...membesarlah lalang di rumah akak,sebiji teko aladin,6 pasang cawan,sebiji piring kuih,sugar dan creamer.Yang mahalnya,teko memang daripada koleksi mertua akak sendiri.




Okey...teruskan hunting,layan jelah hobi kita ni.Mana tau,esok-esok jadi harga koleksi lama ni,ramai-ramai kita jadi orang kaya pulak,khekhe...

Sabtu, 27 Februari 2010

Yellow Daffodils

Assalamualaikum dan selamat berhari minggu.Tak hunting ke?N3 kali ni ialah ulang siaran set yellow daffodils yang makin membiak.Sebelum ni cuma ada set cawan je..

Akhirnya semalam sampai ke tangan akak tiga keping piring dan sebiji coffee pot.Alahai...seronoknya.Mimpi jadi realiti,memang tak sangka akhirnya dapat juga melengkapkan set ni.
Asalnya akak hanya memiliki dua set cawan yang dijumpai sekitar bulan Mac 2009.Lama ku tenung cawan tu,kemudian jumpa lagi sampai berlebih-lebih pulak.
Dah masuk Mac 2010,baru lengkap set ni....pada akak inilah keseronokan mengumpul barangan lama ni.



Apa nak dikata...terima kasih buat rakan ku itu yang bersusah payah menolong akak melengkapkan set ini.Semoga hunting"lebat"hari ni,hehe...
Pesanan penaja,set ni ada beberapa set extra,kalau berminat sms ok.

Jumaat, 26 Februari 2010

Cawan Bunga Bakul-4 Sale

HABIS DIJUAL

Cawan bunga bakul 3 set-RM45.FREE POST
BERMINAT-SMS

Sabtu, 20 Februari 2010

Ikut Resmi Padi

Salam ceria.Kalau Yatt dengan kenangan pantainya,akak pulak sarat dengan nolstagia sawah padi.Maklumlah...kampung akak nun di Alor Setar sana,dikelilingi dek panorama sawah padi.Dari zaman petani menggunakan kerbau membajak sawah,mengasingkan padi dari tangkai secara"memukul" dalam tong plastik ,kemudian kerbau digantikan dengan penggunaan kobota dan tracktor pembajak,sampailah penggunaan mesin padi,semua akak dah lalui.

Biasanya dulu-dulu,kami(akak dan sepupu) akan bawa nasi dan beramai-ramai makan tepi sawah.Pastu berlari-lari atas batas,kadang-kadang jatuh..gedebum...habis basah.

Tengoklah,hamparan sawah padi yang menghijau umpama karpet,sejuk mata memandang.Biasanya musim macam ni,angin agak kuat,badan rasa macam nak demam je.Kat sungai pulak,time ni banyak ikan.Rakaman gambar ni diambil pada bulan December lepas.

Masih teringat..kemeriahan sewaktu permulaan mesin menuai padi diperkenalkan.Ala-ala jakun gitu...meriah sungguh.Akak dan sepupu sepapat membawa bubu untuk menggagau ikan di lopak-lopak bekas tayar mesin padi.Ikan pun ala-ala pening,jadi senang menangkapnya.Seronok mendapat ikan sebenarnya,walaupun akak sekeluarga tak makan ikan air tawar.Kiranya memang lasak la zaman kecik-kecik dulu,belajar ,baca buku ,sikit-sikit je,main yang lebih,hahaha...

Bagi orang Kedah dulu-dulu,ukuran kekayaan ialah ukuran keluasan sawah padi.Makin banyak sawah padi,kayalah tu.Family akak ni kiranya miskinlah sebab ada sawah sekangkang kera je.Tapi,itulah azimat yang membuahkan akak berazam untuk mengubah nasib.Alhandulillah,kiranya kami sekeluarga dapatlah upgrade taraf hidup.Biasalah kan,dulu susah dihina,dah senang sikit didengki pulak.Bukannya apa,sedara mara yang senang dulu macam tak dapat terima kenyataan kami ni dah lebih berjaya dari mereka.Dulu,muka akak ni lah yang melangut rumah depa nak tumpang menonton telivisyen.Zaman tu,gambar paling top ialah siri Combat.Isshh...sedih pulak..


Pesanan untuk yang membaca,lebih-lebih untuk diri akak sendiri,ikutlah resmi padi,makin tunduk makin berisi.Tak rugi apapun..............insyaallah,bahagia jiwa,itu yang penting.Sebab...bahagia ialah apa yang kita rasa,bukan kita tunjukan kita bahagia,orang nampak kita bahagia,hakikatnya ...kita menangis di dalam.Ala-ala artis,nampak loving couple gitu, bulan depan bercerai.Amboi...sempat lagi aku mengumpat,hahaha

My Passion -Giveaway

Tanda sokongan kepada rakan seantik,akak pun nak joinlah giveaway Puan Nannie.Pemurah sungguh Nannie ni,tengok...sampai 4 set hadiah disediakan.Dua set ni kiranya akak coplah ye,hehe.



Set hadiah cawan ni ssuai je dengan teko akak.Sian teko akak,dok menjanda,hehe..Tin kat belakang tu kira package lah sekali.


Okey Nannie,akak gurau je ye...semoga lebih murah rezeki.

Rabu, 17 Februari 2010

Mekap Pelita

Salam sejahtera.Jangan terkejut ye kalau rumah ni asyik salin baju je.Almaklum,la ni kan musim panas,berpeluh..tu pasal la kena kerap salin baju,hehe.Ingat...datang rumah orang mulut kena kunci,nampak sampah tepi kaki pun buat-buat tak nampak.(PESANAN PENAJA) Wakakaka..

N3 kali ni pasal pelita pulak.Tengok dalam blog rakan-rakan deco,penah nampak pelita ni.Jadi,masa cuti hujung tahun lepas cuba-cubalah mencarinya,akhirnya berjumpa hajat di hati.Dua biji dari Pokok Sena ,Kedah dan dua biji lagi dibeli di Taiping.

Salah satu keseronokan mengumpul koleksi ni ialah cerita @kenangan dari mana koleksi ini diperolehi dan cara kita mendapatkannya.Contohlahkan..barang A dari kedai apek tepi sungai,barang B hasil barter dengan dengan rakan blogger ,barang ni pulak beli masa pergi melancong,barang tu pulak beli masa ikut rombongan orang kawin di Kedah.Ada yang kena panjat stor sampai bumbung(nasib baik tak jatuh ala nangka busuk),ada yang masuk stor,keluar-keluar suami tak kenal isteri sendiri dek habuk....macam-macamlah.Bila ingat-ingat semula lucukan...

Inilah rupanya pelita yang kena mekap siang tadi.Akak pakaikan dia baju kaler pink bunga-bunga.Kepada Zai - laman Seni,tengoklah..dah tepek,terim kasih ya...Dah ada belum pelita camni?Cepat...roger sebelum semua kena mekap.
Ini perbandingan yang pakai baju dengan yang tak pakai baju,hehe..Nampak habis semua kurap panau.

Tinggal 3 lagi nak kena pakaikan baju.Tapi tengoklah,yang dua tu dah cacat,mulutnya dah tak bersumbu,ditarik dek anakku..

Selasa, 16 Februari 2010

Mangkuk Kekwa Berbiku

Salam ceria.Dah habis bercuti ke?Hari ni n3 mangkuk nasi tambah bunga kekwa hitam.Pada mata akak yang ni spesel sikit sebab tepinya berbiku-biku macam renda.Tapi,bunganya hitam pekat sangat,sampai tak berapa jelas kelopak bunga.Tapi dek berkenan dengan bikunya tu,kurembat jugak.


Ahad, 14 Februari 2010

Bunga Bakul

Salam hari minggu.Tak huntinglah kita ye..kedai apek semua tutup.Tak sabar rasanya tunggu kedai apek buka semula,janjinya lepas raya Cina ada stok keluar.Harap-harap adalah terutama twin ros.Kalau ada,orang pertama akak nak bagi ialah orang Sedenak tu..tak larat akak membaca pesanan penaja,hahaha...Kalau sekali pesan dapat kutip tol takpe jugak,ini tol free.Mat...jangan maree...kalu marah,nanti kang akak bagi ros janda,ahakks..

N3 hari ni kiranya tertinggal keretapi la,member semua dah tayang.Teko daripada Ryana,terima kasih.Cawan ni sebenarnya dah lama akak ada,sampaikan masa nak buat n3 ni jenuh mencari,tau-tau jumpa dalam raga bawah tangga.Itulah bahananya kalau tahu membeli je.Terpikir jugak,macam nak buat buku stok,tulis semua barang yang ada.Semenjak jadi pustakawan ni,dah pandai nak berstok bagai..hehe..


Masa takdak teko bunga bakul,akak padankan cawan ni dengan teko pink kat atas tu.Oklah tu,asal ada pink gitu.Suai padan ke,suai tak padan?hehehe


Comel,kiut miut je cawan bakul ni..ok,selamat menghayati kecantikannya.warisan orang dolu-dolu.

Sabtu, 13 Februari 2010

Adib 2 tahun

Salam ceria...semalam 12 Februari,genap usia 2 tahun putera tunggalku-Muhammad Adib Umar.Memang tak menyangka,dalam usia 39 tahun nak dapat baby boy.Bersyukur sangat-sangat dengan rezeki Allah SWT kurniakan.Maklumlah..kita ni jenis tak berapa "subur".Cukuplah 3 orang,yang sulung 16 tahun,yang kedua 8 tahun dan yang bongsu ni dah 2 tahun.

Tengoklah,Adib posing depan almari roses,agak-agak nanti Adib macam atuk Mat Gebu dan abang Ezani....sukakan barang antik,hhehe..meneruskan koleksi warisan bonda.Dah 3 minggu percubaan,nampaknya dia macam tak heran dah,sekali sekala je pegang,sambil sebut"nanti pecah"..hehe..ayat photostat dari maknya.


Adib dengan pengasuhnya-Noni.Sedih sangattt,pengasuh dah nak pindah ke Johor,sampai hujung bulan ni je jaga Adib.

Bersama anak-anak jiran yang datang masa jamuan bithday Adib.
Berdasarkan pengalaman,kalau sesapa nak pregnant,menambah bilangan ahli keluarga tu,cepat-cepatlah masa muda.Kalau dah menginjak akhir 30-an ,hai..letihnya Tuhan je yang tahu.Awal 40-an ada anak kecik,lagiiii penat,kadang-kadang kena pecut gear 5 bila ada aksi-aksi cemas.Apapun,berbalik pada rezeki masing-masing kan..

Sabtu, 6 Februari 2010

Rumah rose

Salam rindu...amboi,dah naik kematu tangan ni tak buat n3 seminggu.Bukan apa,sibuk sejak jadi Pustakawan ni. Nak proses buku dari A-Z,bukan senang wei...terkial-kial.Kena mengajar upper six lagi.Panjangkata...mentang-mentanglah awak ni orang baru,semua dihempuk atas batu jemala patik.Takpe..atas nama menambah pengalaman,belajar sesuatu yang baru,kuterima,buatlah setakat yang mampu.

Okeylah..dah lama tak gi hunting.Barang-barang pun terperuk dalam kotak,tak bestlah kan.Kecantikan harus dihayati.Jadi,akak pun belilah almari murah-murah nak try display cawan-cawan roses yang akak ada.Macam ni lah rupa almarinya.

Almari ni tak bertutup.Saja nak test market..nak tengok my hero usik atau tak benda2 dalam almari ni.Dah dua minggu,nampaknya bertahan lagilah riwayat cawan-cawan ni.



Atas almari ni akak letaklah koleksi pelita yang diperolehi daripada rakan-rakan blogger.Pelita dari Ejaa..cantiknya,akak suka sangat.Terima kasih ye Ejaa.Ada jugak pelita dari Shariff,yang jauh berjalan coti-coti Malaysia.Dari Johor ke Penang,dari Penang balik ke Johor,baru sampai Tapah.Nasib baik selamat,sebab balutannya mantop.Dua lagi tu pelita jauh dari Kak Azah Sabah.Nasib baik akak dah penah naik kapal terbang,kalau tak malu je,pelita pun dah naik kapaltebang.

Okey..inilah rupanya rumah rose.Susunannya caca meraba..sebab nak test market dulu.Kepada Kak Nor,tengok-tengoklah dulu cawan dalam almari tu,haha..mcam dah serasi dah duduk dalam almari tu,takmau kuar-kuar dah.Agak-agak..nak ke cawan tu pindah ke Temerloh?Hehehe..


Okey..tengok jelah ye..dont kutuk-kutuk.Bab menghias ni,akak memang fail,haha..