Ahad, 30 Ogos 2009

Teko Pokok Kelapa

Selamat meneruskan ibadah puasa kepada semua muslimin muslimat.Hari ni nak kongsi koleksi teko pokok kelapa sebagai melengkapkan set pokok kelapa Chempaka Lavender .Kalau nak tengok rupa tekonya inilah dia,besar,gemuk macam teko meakin.Teko ni pemberian ibu mertuaku kurang lebih 5 tahun dulu,sewaktu aku mula2 mendapat virus gilakan barang lama ni.Tahun 1942 teko ni dah ada dalam simpanan MIL.

Ini satu lagi teko pokok kelapa,tetapi warna badannya putih,kecik je.Sama je kan lukisan pokok kelapanya.Sayangnya takde penutup.Yang ni beli di Memory Lane,Ipoh..lama dulu,RM5 je.

Kepada Chempaka,teruskan hunting,mudah-mudahan jumpa tekonya.Kalau malas,bak mai sini set tu,hehe..

Sabtu, 29 Ogos 2009

Sekadar Di Pinggiran

Salam hari minggu kepada semua rakan antik.Waduh..melihat tayangan perdana rakan-rakan lain,teruja dibuatnya,terutama koleksi tureen Yatt,sabar..sabar..Sebelum cerita benda lain,nak ucap terima kasih dulu kepada rakan blogger yang telah sudi mengirimkan aku pinggan bujur bunga ros hitam ni.Suka sangat,sesuai dipadankan dengan cawan ros hitam yang sedia ada.Terima kasih laling..semoga murah rezeki.

Hari minmggu tak ke mana-mana,sekadar di pinggiran je,jengah jelah kedai apek dekat rumah,kebetulan ke pasar.Bukannya apa,kalau tak pegang benda baru,rasa tak boleh duduk.Inilah penangan kumpul barang lama ni,macam berhantu pulak,hehe..
Tujuan pergi tu nak cari washer lama ni,dah ada satu,ingat nak le sepasang.Tengok dalam blog lain,cantik washer lama ni bila diberi sentuhan folk art.Tapi,dah habis...
Tinjau-tinjau kedai apek tu,nampak pula jag besar ni,rasa berkenan pulak.Murah pulak tu,RM5 je,beli dan balik rumah,sambil-sambil goreng ayam,tampal la sticker.Itu je yang ada..


Biasalah kalau pergi kedai barang lama ni,leher kena panjang lebih sikit..nampak la pulak creamer bunga terung,belilah juga walaupun takde set lain.Manalah tau kut-kut esok lusa jumpa teko atau cawannya.
Itulah saja hasil tangkapan semalam,ibarat cencaru makan petang,setakat mengalas perut,tak kenyang pun.

Rabu, 26 Ogos 2009

Cawan Buluh Betung

Salam Ramadhan kepada muslimin dan muslimat yang mengunjungi blog ini.Selamat menjalani ibadah puasa.
Hari ni nak berkongsi koleksi terbaru iaitu set cawan pokok buluh.Blogger lain ada yang dah ada tekonya,tapi...ini saja yang aku ada.Hanya 4 set cawan mulut lebar.Jadi pinjam ajelah nama yang diaorang beri,pokok buluh betung.Bahagian bawahnya takde cop tau,kata si apek yang jual tu,kalau set betul-betul lama,memang takde cop.Percaya ajelah..hehe.

Jumaat, 21 Ogos 2009

Selamat Berpuasa


Ramadhan datang lagi.Selamat menjalani ibadah puasa.Kepada yang sudi,terimalah kad ucapan dariku ini.Semoga amal ibadat kita semua mendapat keberkatan dariNYA.

Terima kasih buat rakan-rakan yang sudi menghulurkan kad puasa kepadaku.
Kad daripada Kak Azah.Selamat berpuasa dan selamat bercuti..syoknya cuti.
Kad puasa daripada Azlina.T.kasih..

Kad daripada Yatt.T.kasih..

Daripada blog AmyAfyAki

Kad daripada Chempaka Lavender.TQ

Daripada Casaoma Antique.TQ

Kad drp Welly,tq

Rabu, 19 Ogos 2009

Tiga Dara Pingitan

Salam ceria..sejak dua menjak ni,tak kuar hunting pun barang2 lama ni.Jadi,gunakan saja talian hayat yang ada..sapa lagi,nyonya kedai pinggan mangkuk yang sedia melayan hobi aku ni.Tapi,itulah pulak..setiap kali pergi,teko yang sama je ada.Ambil jugak la,kang merajuk nyonya ni,langsung dia taknak panjat stor carikan teko untuk aku.
Sedar-sedar dah ada 3 biji teko kangkung lama bentuk ni.
Ni pulak teko maple purple.Tak pernah pulak nampak cawannya dalam blog lain.Kalau kengkawan ada,tunjuk-tunjuk le,teringin nak tengok.


Janganla sesiapa nak meminang ye...dah ada yang punya.Hehe..

Ahad, 16 Ogos 2009

Teko Bunga Kekwa

Salam ceria..ini merupakan teko terbaru dalam koleksiku.Kalau sesiapa ada set lengkap,tunjukkan le..teringin nak tengok.



Khamis, 13 Ogos 2009

Pergi Tak Kembali

Terkejut sangat mendengar khabar kembalinya USt.Asri Rabbani ke rahmatullah.Innalillah...Mudah-mudahan rohnya ditempatkan dalam kalangan insan-insan yang beriman dan bertaqwa.Berdakwah melalui lagu,ternyata ada kesannya,tambahan pula beliau dianugerahkan suara yang amat lunak dan terselit kesyahduan dalam tonasi suaranya.Menghayati bait-bait lirik Pergi Tak Kembali nyanyian Ust Asri Rabbani...terdetik pertanyaan,bersediakah aku untuk itu????

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Mudah-mudahan kita semua sentiasa memilih jalan kebaikan dalam menempuh arus kehidupan.

Sabtu, 8 Ogos 2009

Kerastanganku

Salam hari minggu kepada semua..Sebelum tu,aku nak bagitau sebenarnya aku malu sendiri tengok hasil kerastanganku ini,tapi aku beranikan diri pamer juga.First taim dalam hidup aku buat kerja-kerja ni,hehehe..Tapi taknak la merendah diri sangat,sebab..merendah diri memang sifat terpuji,tapi terlalu merendah diri tandanya minta dipuji...awas!!!
Nampaknya dua hari cuti ni,aku mengambil keputusan tidak ke mana-mana kerana risaukan wabak H1N1 yang semakin menjadi-jadi.Bila difikirkan balik,taktaulah sampai bila tak pergi berjalan ke tempat awam.Bulan puasa ni camna,biasanya aku ni pengunjung setia pasar Ramadhan,bak kata orang..gantung periuk sebulan,hehe..
Jadi,menghabiskan cuti di rumah..aku cubalah deco apa yang patut.Bak kata suamiku..pantang tengok orang buat,semua nak tiru,hehehe..tahu takpe.Tapi buat deco bagai ni pun ,nak ada kesabaran jugak ye..jadi hari ni aksi menggoncang tin spray lah jawabnya.Haa..terima kasihlah pada Ainie,Kak Ida dan Ina,kalianlah sumber inspirasiku.Bak kata pepatah,guru yang baik bukan setakat mengajar,tapi memberi inspirasi.
Cerek Comel
Jalan-jalan ke kedai dua minggu lepas,aku terjumpa cerek ni,alahai comei sangat.Murah plak tu,sebiji 3 hengget,aku pun beli dua biji.Belum sempat display lagi,heroku dah kopek2 cat pada pemegang.

Pelita/Cemeni
Aku tengok Kak Ida deco pelita dia,berkenan sangat..aku tirulah.Tapi mestilah sifu punya lagi cantik daripada protege..Ada juga tu terselit kotak tempat kunci,yang tu aku tampal tisu.Maklumlah tisu banyak,terover tampal plak,hehehe

Pelita besar ni aku beli setelah tengok dalam blog Ina,taktaulah bila nak kena sentuhan kerastanganku.

Rak display ni aku beli di pameran kraftangan penjara.Asalnya kaler coklat,jadi aku paksa suamiku putihkannya.Pastu akupun susunla apa-apa yang patut.

Khamis, 6 Ogos 2009

Ros Hitam

Salam ceria.N3 hari ni ialah set cawan bunga ros hitam hasil barter dengan pembaca blog,pastinya peminat antik iaitu CT dari Kelang.Terima kasih bebanyak CT sebab sudi barter dengan Sha,tak perlu saya bersusah payah mencari set bunga ni.Memang saya tak pernah jumpa pun.Mudah-mudahan rezeki CT lebih murah lepas ni dan dapat jumpa yang lagi cantik...
Semua hasil barter dengan rakan-rakan peminat antik pastinya akan saya jaga sebaik-baiknya.Yang pasti...takkan bertukar ke tangan orang lain.Saya amat menghargainya.


Ahad, 2 Ogos 2009

Teko

Seperti biasa,teko menjadi pujaan hatiku.Teko pertama ni jenis oriental ceramik.Rasa-rasanya bunga matahari .jangan ditanya kaum kerabatnya yang lain,hanya ini saja yang ada.Aku juga sebenarnya tak kisah sangat..biarlah teko janda pun.Kalau ada kaum kerabatnya,takde tempat pulak nak simpan.Terpaksa pulak menyorok di dalam kotak dan disorok pula di bawah katil,stor bawah tangga dan yang sewaktu dengannya..
Ini pula wildrose.....ramai peminat antik lain dah ada.

Ini pula ,kali pertama jumpa corak seperti ini.Nak kata bunga macam kumbang..entahle..Cuma tutupnya tu macam tak sepadan je.Kalau kena tutup lain,rasanya lagi cantik.Tapi bentuknya cantik,besar di atas,tirus ke bawah.