Mood baik..cik abg setuju nak bawa aku ke Memory Lane,Ipoh.Macam biasa,orang punyalah ramai.Pastinya tempat jual pinggan lama yang aku tuju.Harga barang boleh tahan mahal,lebih kurang je dengan yang jual online.Kalau semata-mata datang jauh,nak beli seketoi dua je..baiklah beli online.Tapi kalau nak borong sakan,eloklah datang..macam-macam ada.Nak pinggan bujur sakura,besar gedabak,ada....,set bunga ros hitam,ada...hulur duit je....
Gambar dapat menggambarkan seribu cerita,lihatlah sendiri.
Ini pula teko bunga lalang yang Hanidvilla kirim...antiknya,kuning..selamat menyental okey.Dalam gambar atas sekali tu,nampak tak ada teko bertali,teko mu la tu..
Ahad, 28 Jun 2009
Sabtu, 27 Jun 2009
Set Bunga Gandum
Asalnya hanya memiliki sebiji teko,hari ini dah lengkap dengan lima pasang cawan dan piring.Sayangnya,satu pecah dalam perjalanan.Jadi...nak ucap terima kasih banyak-banyak pada Yatt kerana sudi bersusah-payah "terjah" ke kedai apek,dan tolong membelikan cawan-cawan ni untuk kak Sha.Inilah hasil "barter" dgn Yatt.Teko Perak mali, cawan KL mali..
Set Bunga Lalang
Teko dah lama,dari stor ibu mertua,cawan-cawannya juga hasil barter dengan Yatt.TQ Yatt,kak Sha suka sangat sebab cawannya seakan-akan buah labu.Nak harap tuan punya badan sendiri mencarinya,entahlah..taktau bila nak jumpa.Sayangnya,takde piring...takpe lah..lain kali ada rezeki,jumpalah piringnya.Kalau sesiapa ada lebih,nak jual,nak barter ke,caling-caling ok..

Cawan Bunga Bakul
Khamis, 25 Jun 2009
Tag daripada Aini
Nak cerita bagi,tag ni daripada Aini.Mulanya taktau camna nak buat,tp sbg tanda menghargai Aini,akak cuba buat juga.Masa ni mu tgh nyenyak tidur dah mek aini oii..
Macamna kenal Ainie..sebelum buat blog,aku buat fotopage,pasal pinggan mangkuk lama jugak la.Satu hari buka blog Ainie,ada entri pasal 4Roses.Kebetulan aku ada set piring lebih.Ainie pun nak beli...dari situ,kami bersms dan berbual di telefon.Ramahnya Ainie ni,jadi cepat mesra.Masa aku terkial-kial nak buat blog,akupun tak malu,bertanyalah daripada Ainie.Dengan gaya seorang pakar komputer,Ainie telah mengajar aku hingga menjadilah blog aku.Kepala kami lebih kureng je..happy go lucky...
Tentang SHAS..
-sangat simple,nak ceria selalu,tak suka pikir masalah lama-lama
-jenis tak skema,kalau orglain,lepas A mesti B, aku..C pun boleh
-sabar..pemaaf,kalau org buat apapun,biarlah...tuhan kan ada
-peramah kalau dah kenal,tp sukar memulakan persahabatan
-kalau tak kenal,org akan kata berlagak,sombong..nak buat camna,muka takde aura..haha.
-kadang2 mulut boleh tahan juga..biasalah,org utara kalau bergurau
- tak suka masak,tp suka makan..
- suka meraikan tetamu,kalau dtg,balik mesti perut kenyang.Malas masak..beli..
-Hantu laksa...sarapan makan laksa,tengah malam pun boleh makan laksa.
Jadi..kalau bertandang ke rumah sapa-sapa,hidangkanlah laksa..hehe..
Selasa, 23 Jun 2009
4 Roses
Ainie..tengok la,koleksi 4 roses akak cuma yang ni aje...Nasib baik lampu antik tu pun 4 roses jugak,jadi padanla kalau disandingkan bersama.Tengok betapa antiknya..siap berkarat lagi,hehe...
Merah Itu Menawan
Nampak serupa,merah semua,tapi bentuknya ada sikit kelainan.Ada yang macam perut buncit,ada yang macam pinggang ramping,corong lampu pun berbeza.Matching pulak bila dipadankan dengan ketur merah tu..kalau dah minat tu,semuanya nampak elok.Tak gitu cik kiah?

Jumaat, 19 Jun 2009
Set maple
Inilah akibatnya kalau pegang prinsip biar menyesal beli,jangan menyesal tak beli.Akhirnya...benda yang tak sepatutnya dibeli,dah terbeli.Jadi,ingat nak jual sikit,manalah tahu kebetulan cik kiah ke,cik bedah ke sedang mencari untuk melengkapkan koleksi.
RM 50 untuk 5 item iaitu mangkuk oval,piring kuih dan piring (agak dalam sikit)
SOLD
Ketur/tempat basuh tangan
Ada dua set,diperbuat daripada tin.Hanya set merah sahaja yang hendak dijual.Sewaktu beli memang sedia bercat dan kemasan cat kemas.Sesuai untuk hiasan ataupun projek decoupage.Lagi satu tu,rumah mertua mari..mana boleh jual.Tapi,ada lagi kedai yang menjual set ni..kena tawaf la..hehe..
Hg set merah RM30
BOOKED
Teko warna pink lembut.
RM45
Pinggan makan rose kecil
2 set -RM20.
SOLD
Kalau betul-betul berminat,boleh sms:019 4434109(sha)

Isnin, 15 Jun 2009
Koleksi Teko
Entah kenapa,aku amat sukakan teko.Takde set cawan pun takpa,asalkan dapat teko.Inilah antara koleksi teko yang ada:
Teko Bunga Gandum
Teko Bunga Hitam
Ini antara koleksi awal.Unik sikit bentuknya.Corak bunga apa,entahlah.Masa beli dulu RM13 saja.Murah kan..
Teko Kangkung
Dah lama idam bentuk ni,akhirnya dapat jua.
Teko Ros Merah
Teko Maple Purple
Antara koleksi terbaru
Sabtu, 13 Jun 2009
Teko sejak zaman Jepun
Teko pokok kelapak ni pemberian dari ibu mertuaku bila dia tahu hobi pelik menantu dia yang suka kumpul barang lama.Bila dia tunjuk dan pelawa aje,aku tak cakap apa dah..sukanya dalam hati.Diapun story la..masa Jepun masuk ke Tanah Melayu 1942,teko ni dah ada dalam simpananya.Memang lama sangat.
Sejak tu..bila balik rumah mertua mata aku mulalah melilau,pantang ada lemari,mulalah aku buka ,tengok apa kebenda ada di dalamnya.Ada lagi ke yang orangtua ni sorok dari aku..hehe..
Satu hari,aku melilau depan stor aku ternampak pulak satu teko dalam almari lama.Tanpa rasa malu,akupun bertanya,gerangan siapakah tuan punya teko itu.Rupanya,teko tu tutupnya pecah.Jadi aku rembat,pergi kedai apek,jumpa pulak tutup yang sepadan.
Set naga tu pulak,hadiah yang kakak ipar dapat masa kahwin 34 tahun dulu.tapi..tak pulak mertua pelawa aku.Berkenan tak sangga dah..kata orang Kedah.Apalagi..baru-baru ni aku keluarkan dari almari,terus cakap aku nak..Diapun terpaksa bagi..tapi tak bagi semua.Dia suruh tinggal teko besar dgn cawannya.Suami pun kutuk..tak malu minta barang mak dia.Kesimpulannya..hobi ini menggugat rasa maluku..

Jumaat, 12 Jun 2009
Sakura
Teko sakura merupakan antara koleksi awal 4/5 tahun dulu.Masa tu murah sangat,harganya sekitar RM12/13 saja.Cawan ni beli di Pasar Loken,Ipoh.Sekarang Memory Lane.Seringgit je..Sekarang..nangis tengok.Kalau tahu,aku borong banyak-banyak.Cawan sakura ni besar sangat,memang jenis tiada piring.Kalau minum secawan,hai..kenyang.Sayangnya ada dua biji sahaja.
Di bawah pulak,set lengkap yang baru dibeli.Hajat di hati,nak yang mulut lebar,tapi dapat mulut bulat, apa-apa ajelah..Janji bunga sakura.He..he..
Di bawah pulak,set lengkap yang baru dibeli.Hajat di hati,nak yang mulut lebar,tapi dapat mulut bulat, apa-apa ajelah..Janji bunga sakura.He..he..
Khamis, 11 Jun 2009
Set bunga kuning
Set bunga api meletup
Rabu, 10 Jun 2009
Koleksi Warisan Bonda
Sekadar berkongsi koleksi....hobi yang telah lama ditinggalkan.Sebenarnya,hobi ni telah lama berputik,tapi belum sempat berbuah rendang,dah kena cantas.Tapi,bila melihat koleksi cik kiah,cik tipah,cik bedah,alahai...semangatnya nak kumpul balik koleksi lama ni.Sekadar salam perkenalan,inilah koleksi paling awal yang dikumpul.
Langgan:
Catatan (Atom)